Malaysia Raih Emas Dalam Kategori Compound Wanita Di Piala Asia Memanah Singapura 2025
Pasukan compound wanita negara memenangi pingat emas menewaskan wakil dari India.
Cover image via World ArcheryFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Skuad memanah compound wanita negara cipta sejarah meraih pingat emas sulung di Kejohanan Piala Asia 2025 selepas mengejutkan pilihan utama, India dalam aksi final di Bukit Gombak, Singapura
Menerusi laporan Buletin TV3, Pasukan negara yang dibarisi Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Saritha Cham Nong dan Ng Sui Kim bangkit dengan semangat juang tinggi apabila menewaskan India menerusi penentuan shoot-off selepas terikat 232-232 dalam empat pusingan.
Dalam aksi penentuan itu, ketiga-tiga pemanah negara menunjukkan ketenangan luar biasa apabila mengumpul 29 mata, berbanding India yang hanya mampu mencatat 26 mata.
Lebih manis, kemenangan ini hadir ketika skuad negara hanya diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan, sekali gus menewaskan gergasi Asia yang dianggap calon utama merangkul pingat emas.
Tetap lakukan yang terbaik meskipun menentang pilihan utama kejohanan
Menurut Fatin Nurfatehah, akui India sebagai pilihan utama kejohanan, dia tetap memberi semangat terhadap rakan sepasukan untuk lakukan yang terbaik untuk negara.
"Alhamdulillah dengan keputusan hari ini. Atas kertas memang India adalah pilihan.
"Namun, saya beritahu kepada rakan sepasukan, ini adalah pentas final pertama kami, jadi kami buat yang terbaik sahaja.
"Ketika keputusan 233-232 dan diheret ke penentuan shoot out, rezeki memihak kepada kami," katanya.
Kejayaan itu turut menjadi suntikan semangat terbaik buat skuad negara dalam misi menghadapi cabaran lebih besar termasuk Sukan SEA 2025 di Thailand, hujung tahun ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



