Kerajaan Pertimbang Benarkan Akaun 2 KWSP Untuk Insurans Kesihatan
Pendekatan dicadangkan itu diguna pakai beberapa negara lain yang mahu majoriti rakyat mendapat perlindungan insuran sewajarnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan mempertimbang benarkan rakyat menggunakan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membiayai premium bulanan insuran kesihatan
Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata jika ia dilaksanakan, 16 juta ahli KWSP berpeluang menikmati rawatan hospital swasta menggunakan caruman mereka.
Perkara ini dimungkinkan memandangkan 32 peratus kos jumlah penjagaan kesihatan di negara ini, didapati dibayar sendiri pesakit bukan dilindungi insuran.
Bagaimanapun, Dr Dzulkefly menegaskan skim ini hanya diberikan sebagai pilihan dan bukan diwajibkan.
"Satu peratus yang kecil untuk digunakan bagi pembayaran insurans. Mereka tak rasa pun, mereka tak bayar daripada duit poket dia. Ia daripada akaun KWSP.
"Ini cara yang paling baik, jadi akhirnya rakyat kita semua akan mempunyai perlindungan seperti Singapura. Tapi kita tak boleh paksa, ada negara paksa," katanya.
Tambah Dr Dzulkefly, pilihan wajar diberi kerana terdapat ahli yang mungkin mahukan perlindungan insuran lebih meluas di pasaran.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Image via FacebookBerbeza dengan inisiatif i-Lindung yang sedang dilaksana bersama KWSP
Skim baharu ini juga adalah berbeza dengan inisiatif i-Lindung yang sedang dilaksana bersama KWSP di mana perlindungan dalam skim berkenaan hanya untuk keilatan, penyakit kritikal dan perlindungan hayat.
Selain itu, beliau berkata kerajaan juga bakal memperkenal inisiatif rakan KKM seawal suku ketiga tahun ini.
"Contohnya hospital di Putrajaya, Cyberjaya mereka ada cabang wad yang ada kapasiti yang tidak diguna pun… kadang kala ada bilik bedah yang tidak digunakan sebab tidak ada cukup kakitangan.
"Oleh sebab itu, fasiliti-fasiliti ini yang disebut sebagai lebihan kapasiti," jelasnya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via MalaysiakiniImage viaTelah mendapat kerjasama daripada empat hospital di Lembah Klang
Tambah Dr Dzulkefly, Setakat ini, beliau berkata KKM mendapat kerjasama empat hospital iaitu Hospital Cyberjaya, Hospital Putrajaya, Hospital Serdang dan Institut Kanser Negara (IKN).
"Pada waktu sama juga kita wujud lebih banyak ruang, (maksudnya) orang (pesakit) dah pergi kepada rakan KKM, (sudah) tentu ada ruang (lebih banyak) untuk golongan B40.
"Mereka (B40) ini akan menikmati lebih ruang, lebih banyak slot untuk jumpa doktor bagi golongan berpendapatan rendah dan penjawat awam untuk ke kemudahan awam. Justeru, ini adalah sistem yang kita nak bina," katanya.
Difahamkan, sejumlah 40 hospital awam dengan kapasiti 800 katil juga dikenal pasti untuk menyertai inisiatif rakan KKM ini secara berperingkat.
Ia membabitkan pelaburan RM85 juta termasuk suntikan RM25 juta di bawah Belanjawan 2025.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 