Lelaki Bertopeng Sempat Campak Serbuk Cili Sebelum Rompak Kedai Emas
Macam-macam cara orang nak merompak sekarang.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki bertopeng bertindak menyamun sebuah kedai emas di Jalan Pandak Mayah 5 di Kuah, Langkawi, Kedah dengan mencampak serbuk cili ke arah pekerja sebelum memecahkan cermin pameran menggunakan parang
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.48 pagi pada Rabu, 18 Jun 2025.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, suspek yang berumur 45 tahun itu dipercayai bertindak sendirian sebelum melarikan barang kemas bernilai RM50,000.
"Suspek kemudian cuba melarikan diri namun dikejar oleh pemilik dan orang awam yang berada di kawasan sekitar.
"Suspek akhirnya berjaya ditahan anggota polis yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan berkenaan," katanya.

Pemilik kedai berusia 69 tahun dan seorang wanita berumur 60 tahun turut berada dalam premis tersebut ketika diserang suspek
Difahamkan, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata, yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, tular sebuah video kejadian tersebut di media sosial telah mendapat reaksi orang ramai.
Lihat video di sini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



