Wanita Syukur Pesawat Patah Balik Selamat Tiba Di KLIA – “30 Minit Yang Mendebarkan”
Cuak pula bila jadi insiden macam ini. Syukur semuanya selamat.
Cover image via @maksyuuu (TikTok)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita berkongsi detik cemas apabila pesawat yang dinaikinya untuk ke Kota Bharu, Kelantan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Menerusi video berdurasi 22 saat yang dimuat naik oleh Nurul Hafiza, 32, kejadian itu berlaku kira-kira 30 minit selepas pesawat berlepas pada pukul 7 petang semalam, 15 Jun 2025.
Menurut laporan Kosmo!, Nurul Hafiza yang duduk di bahagian penumpang di sayap sebelah kiri terdengar bunyi pelik dan terasa gegaran dari bahagian enjin pesawat terbabit.
"Lepas berlepas, dalam beberapa minit selepas itu saya dengar bunyi pelik dari arah enjin dan merasakan gegaran. Saya mula menggelabah dan rasa takut.
"Tambah pula sebelum saya naik, saya tengah baca berita tentang pesawat Indian Air yang terhempas. Jadi macam-macam perasaan saya ketika itu," katanya.
Image via @maksyuuu (TikTok)
Menurutnya lagi, gegaran itu turut dirasai oleh penumpang lain
"Sebelum itu semua orang tenang saja dan ada yang terlelap. Selepas bergegar, semua panik, tapi diam sahaja walau dalam kepala dah tentu arah.
"Tidak lama lepas tu, juruterbang maklumkan ada masalah pada enjin tapi pesawat dalam keadaan stabil dan minta kami bertenang. Kemudian penumpang dimaklumkan penerbangan kena berpatah balik ke KLIA semula.
"Kemudian kami dapat bertukar penerbangan lain untuk ke Kota Bharu. Alhamdulillah 30 minit yang mendebarkan. Sujud syukur, Tuhan sahaja yang tahu perasaan ketika itu. Bukan masanya lagi," katanya.
Difahamkan, punca pesawat tersebut perlu berpatah balik ke KLIA adalah kerana masalah serangan burung di bahagian enjin.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


