Pekerja Restoran Kongsi Rutin Harian Bersihkan Baby Chair – “Kan Best Kalau Semua Kedai Macam Ni”
Semua restoran patut buat macam ini!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah restoran mencuri tumpuan ramai baru-baru ini selepas berkongsi rutin harian pekerja mereka
Menerusi video yang dimuat naik oleh @thefat.burger di TikTok, pekerja restoran tersebut dilihat mencuci baby chair dengan sabun sehingga bersih.
Menurut salah seorang pekerja kedai itu, setiap hari mereka akan membersihkan semua baby chair yang ada untuk keselesaan pelanggan yang membawa anak kecil.


"Hangpa toksah risau, memang kita cuci setiap hari macam ni. Ni bukan lakonan semata-mata. So kebersihan tu terjamin lah orang kata.
"Kebersihan tu sebahagian daripada iman betul ta? Kita tugaskan waiter setiap hari untuk basuh baby chair macam ni," katanya.
Susulan itu, warganet turut memuji inisiatif kedai tersebut untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan mereka



Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

MOST READ


