Naim Daniel Mengaku Tidak Bersalah ‘Sentuh’ Remaja Perempuan 17 Tahun Dalam Hotel

Difahamkan, kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada 19 Mei lalu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi, Naim Daniel didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel pada Mei lalu

Menurut laporan Kosmo, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Na'im Daniel Baharin, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup.

Mengikut pertuduhan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sumpah itu didakwa telah melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel.

Difahamkan, kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor jam 8.56 malam pada 19 Mei lalu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Image via Berita Harian

Jika sabit kesalahan, hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat

Naim Daniel diwakili peguam Mohd. Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin.

Mahkamah kemudian membenarkan Naim Daniel diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Sebelum ini, selebriti itu ditahan 3 Jun lalu selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor. Walau bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangannya.

Suspek dan mangsa yang juga pelajar berkenalan kira-kira dua bulan lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: