Orang Pandang Sebelah Mata, Rider Buktikan Boleh Hidup Mewah & Duduk Villa RM1.4 Juta!

Korang nak tahu tak apa rahsia rider ni? Baca sampai habis!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai yang menganggap kerja sebagai penghantar makanan hanyalah sekadar cukup makan, tetapi rider p-hailing Singapura ini buktikan sebaliknya!

Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang dikenali sebagai Afiq Zayany 30-an, kini mencuri tumpuan selepas berkongsi bagaimana dia mampu menjana pendapatan hingga hampir RM20,000 sebulan hanya dengan menjadi penghantar makanan sepenuh masa.

Dalam temubual bersama AsiaOne, Afiq mengakui kehidupannya jauh berubah sejak menceburi bidang itu sepenuh masa. Katanya, dia dulu pernah kerja sebagai ejen insurans, namun kini lebih suka dengan jadual fleksibel sebagai rider dan tidak menyesal tinggalkan kerjaya lamanya.

Menurutnya, dia mampu menjana sekitar S$200 (RM662) setiap hari. Kalau dihitung secara kasar, pendapatan bulanan Afiq boleh mencecah antara S$4,000 ke S$6,000, iaitu sekitar RM13,000 ke RM20,000 sebulan!

SAYS.com
Image via Ringgit & Dollars

Tinggal di villa dua tingkat hasil titik peluh sebagai rider

Lebih mengagumkan, Afiq kini menetap di sebuah villa dua tingkat bernilai RM1.4 juta di Johor Bahru. Rumah impian itu katanya hasil kerja keras dan disiplin tinggi dalam bidang yang sering dipandang rendah oleh masyarakat.

"Saya ada jadual tetap dan saya sangat disiplin. Hujan atau panas, saya tetap keluar kerja saya hanya ambil cuti jika perlu saja. Biasanya saya keluar seawal jam 7 pagi dan habiskan kerja 2 petang dengan mengambil kira-kira 25 pesanan sehari. Lepas kerja ada masa untuk rehat," katanya.

Menurutnya, kerja sebagai rider memang ada cabarannya terutama apabila motosikalnya rosak.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

"Bukan sahaja kos baiki motosikal tinggi, saya juga tidak boleh bekerja beberapa hari. Tetapi itulah risiko dalam bidang ini.

Ada juga pengalaman manis antaranya apabila pelanggan meninggalkan minuman dan snek di luar rumah sebagai tanda penghargaan,"
katanya lagi.

Menurut Afiq lagi, tiga nilai utama yang dia kekalkan untuk berjaya sebagai rider ialah disiplin, konsisten dan berwawasan.

"Rider pun perlukan disiplin. Bangun awal, keluar kerja ikut masa. Fleksibiliti itu satu kelebihan, tetapi jangan salah guna sebaliknya jadikan ia kelebihan untuk capai sasaran.

"Saya bukan nak berlagak, cuma nak tunjuk yang ia memang boleh dicapai kalau kita konsisten,"
katanya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: