22 Budak Cedera Disengat Obor-Obor, Ingat Boleh Pegang Macam Kartun SpongeBob

Bahaya pengaruh cerita kartun ni sebenarnya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Bernama Radio
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seramai 22 pengunjung majoritinya kanak-kanak, dilaporkan cedera selepas disengat obor-obor ketika mandi di beberapa pantai popular di selatan Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY) baru-baru ini

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pelaksana Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) DIY, Noviar Rahmad berkata, kesemua mangsa terkena sengatan ketika bermain di kawasan pantai seperti Pantai Parangtritis dan Gunungkidul, sepanjang musim cuti sekolah ini.

Apa yang lebih membimbangkan, ramai dalam kalangan mangsa menyangka obor-obor itu tidak berbahaya, malah ada yang cuba menangkapnya kerana menganggap haiwan laut itu mirip obor-obor kartun dalam rancangan animasi SpongeBob SquarePants.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Difahamkan, bahagian paling berbahaya jika disengat di dada kerana boleh menjejaskan jantung

"Sebahagian mereka ingat obor-obor seperti dalam SpongeBob, boleh pegang dan tak bahaya. Tetapi ini ada sesungut, berwarna biru atau merah dan boleh menyengat.

"Mujur semua mangsa hanya alami kecederaan ringan dan dirawat di pos penyelamat,"
katanya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak penyelamat pantai kini dilengkapi dengan peralatan kecemasan, termasuk ubat sapuan, cuka dan alkohol, bagi memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke pusat kesihatan.

Sementara itu, Setiausaha Satlinmas Rescue Wilayah Pantai Baron, Surisdiyanto berkata, pihaknya menerima puluhan laporan sengatan obor-obor sejak hujung minggu lalu dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh obor-obor, walaupun ia tidak bergerak

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via GMA News

Fenomena kemunculan obor-obor ini dikenali sebagai 'impes' dan kebiasaannya berlaku setiap tahun sekitar penghujung Jun hingga September, terutama apabila suhu air laut berubah.

Oleh itu, pihak berkuasa menyeru agar pengunjung pantai lebih berhati-hati dan tidak mengambil mudah kehadiran obor-obor di sekitar kawasan perairan. Mereka juga menasihatkan ibu bapa agar mengawasi anak-anak dengan lebih ketat, khususnya ketika mereka bermain di pesisir pantai.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: