Johnny Lim Cipta Sejarah Anak Cina Pertama Jadi Leftenan Jeneral ATM

Beliau turut dikenali dengan kemahiran penguasaan bahasa Korea berdasarkan pengalaman mengikuti pengajian ketenteraan di Korea Selatan serta Sepanyol.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng melakar sejarah apabila menjadi anak berbangsa Cina pertama dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Menerusi laporan Berita Harian, beliau telah mencipta sejarah berkenaan selepas majlis pemakaian pangkat disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar di Wisma Pertahanan semalam.

Johnny yang berasal dari Melaka mengikuti latihan Pegawai Kadet melalui Tauliah Jangka Tetap Ke-25 (TJT 25) di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom pada 1986, seterusnya ditauliahkan ke Rejimen Renjer Diraja (RRD).

Beliau merupakan graduan Kolej Komando dan Kakitangan Tentera Australia selain turut memiliki Ijazah Sarjana daripada Universiti Canberra, Australia serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

SAYS.com
Image via Facebook

Pernah menyandang pelbagai jawatan penting dalam ATM

Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan penting dalam ATM antaranya Ketua Jurulatih di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Panglima 31 Briged Infantri, Inspektor Jeneral Tentera Darat dan Ketua Staf Markas Pemerintahan Medan Barat.

ATM menerusi kenyataan memaklumkan, kenaikan pangkat itu menunjukkan peluang yang wujud dalam ATM adalah terbuka dan berdasarkan kecemerlangan semasa dalam perkhidmatan.

"Ini juga diharapkan dapat menarik minat bangsa lain untuk turut menceburkan diri dalam kerjaya keramat ini.

"ATM seharusnya dilihat sebagai contoh terbaik konsep 'Unity in Diversity' dan menjadi platform utuh di dalam erti kata perpaduan yang sebenarnya," kata kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: