Bakar Karikatur Wajah PMX, Mahasiswa Berdepan Tindakan Undang-Undang & Risiko Dibuang Universiti

Kejadian itu berlaku dalam sebuah protes Gempur Rasuah Sabah 2.0 di Kota Kinabalu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aktivis mahasiswa yang terlibat dalam protes Gempur Rasuah Sabah 2.0 mungkin berdepan tindakan polis dan dibuang universiti atas tindakan mereka yang dilihat melampau semasa perhimpunan itu

Menerusi laporan Malay Mail, Ketua Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata pihaknya sedang menyiasat pelajar terbabit yang didakwa gagal mematuhi syarat yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman di mana mereka dilihat membakar karikatur Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami telah menerima kira-kira enam laporan polis setakat ini dan membuka tiga kertas siasatan.

"Terdapat kira-kira sembilan kesalahan dikenal pasti sebagai contoh menghasut melibatkan 3R, membakar di tempat awam dan membawa bahan mudah terbakar ke perhimpunan itu," katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah mula menghubungi pelajar-pelajar tersebut tetapi masih belum mengambil keterangan daripada mereka.

SAYS.com
Image via Facebook

Perhimpunan berkenaan telah mendapat maklum balas oleh pihak polis

Tambah Jauteh, beliau menjelaskan bahawa perhimpunan itu telah "diluluskan" oleh pihak polis tetapi terdapat peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman yang menggariskan prosedur, bermula dengan pemakluman oleh penganjur dan diikuti dengan maklum balas daripada pihak polis di kawasan terbabit.

"Kami telah memberi mereka kebenaran tetapi ini sama sekali bukan 'kelulusan' yang kami maksudkan. Mereka masih tertakluk kepada undang-undang dan kami akan menyiasat sebarang insiden yang bertentangan dengan garis panduan.

"Pada pandangan saya, kumpulan pelajar itu telah tersalah pandang mengenai kebenaran ini. Mereka mendakwa mereka menerima 'kelulusan' daripada polis, itu tidak benar.

"Malah ada peguam yang hadir, mereka sepatutnya tahu lebih baik. Polis hanya mengeluarkan maklum balas, bukan kelulusan, yang mana ia mengikut Akta Perhimpunan Aman," katanya.

Katanya, pihak polis akan menyiasat laporan daripada pelajar-pelajar tersebut berkenaan dakwaan seorang lelaki berpakaian menyerupai pegawai telah merosakkan salah sebuah kereta mereka dengan asid.

SAYS.com

Aktivis yang terlibat dalam perhimpunan hujung minggu lalu membersihkan kesan terbakar selepas karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibakar.

Image via Facebook

13 mahasiswa yang terlibat mungkin berdepan tindakan disiplin termasuk dibuang institut

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Kasim Mansor berkata pihaknya telah mengenal pasti 13 pelajar perhimpunan itu yang mungkin berdepan tindakan tatatertib termasuk digantung atau dibuang instittut mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (AUKU).

Daripada jumlah pelajar itu, dua pelajar terlibat secara langsung dalam membakar karikatur Perdana Menteri, sesuatu yang dikecam sekeras-kerasnya oleh pihak universiti.

Beliau berkata satu jawatankuasa disiplin terdiri daripada ahli akademik yang dilantik akan dibentuk tidak lama lagi bagi menyiasat perkara itu dan menentukan tindakan sewajarnya di bawah AUKU.

"Pihak jawatankuasa akan memanggil setiap pelajar secara individu untuk memberi penjelasan berhubung insiden yang berlaku semasa perhimpunan Ahad lalu," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: