SST Diperluas: Ini Senarai Barangan & Perkhidmatan Yang Naik Harga 5% – 10% Mulai 1 Julai

SST yang diperluaskan ini akan memberi kesan kepada isi rumah berpendapatan sederhana hingga tinggi, dan perniagaan dalam sektor pembinaan, penjagaan kesihatan, kecantikan dan pendidikan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermula 1 Julai, kerajaan akan melancarkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperluaskan dan akan menjejaskan pelbagai perkhidmatan

Perluasan SST kali ni agak menyeluruh daripada buah-buahan import dan cendawan truffle, sampailah ke yuran prasekolah, servis kecantikan dan rawatan spa pun dah termasuk sekali.

Tetapi jangan risau dahulu kerana barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak, buku dan ubat masih kekal bebas cukai. Jadi, tak semua benda akan naik harga.

Menurut laporan daripada New Straits Times, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, langkah perluasan SST ni adalah sebahagian daripada reformasi ekonomi MADANI yang bertujuan nak kukuhkan hasil negara tanpa membebankan rakyat biasa.

"Hasil tambahan tu nanti akan digunakan untuk baik pulih perkhidmatan awam, naik taraf infrastruktur, dan tambah bantuan tunai kepada rakyat," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Retail News Asia

Apa barangan yang masih tidak dikenakan SST?

Walaupun SST diperluas, barangan asas dan keperluan harian masih tak dikenakan cukai. Senarai ini masih kekal dengan kadar  0% (tiada perubahan):

Makanan asas:

  • Ayam, daging lembu, ikan, udang

  • Buah-buahan tempatan & sayur-sayuran

  • Beras, gula, minyak masak

  • Tepung, pasta, mi, susu

Keperluan harian lain:

  • Ubat-ubatan

  • Makanan haiwan

  • Buku, jurnal, surat khabar

Industri & pertanian:

  • Bahan binaan seperti simen, pasir, batu

  • Peralatan pertanian & baja

Gambar sekadar hiasan.

Image via Omnia Machinery

Apa barangan yang akan dikenakan cukai jualan 5% dan 10% mulai 1 Julai ini?

Mulai 1 Julai, beberapa barangan mewah atau bukan keperluan asas akan dikenakan SST pada kadar 5% atau 10%, bergantung kepada kategori:

Cukai Jualan 5%:

  • Makanan mewah: King crab, salmon, cod, cendawan truffle

  • Buah-buahan import

  • Produk gaya hidup: Minyak pati (essential oils), sutera

  • Jentera industri tertentu

Cukai Jualan 10%:

  • Basikal perlumbaan

  • Barangan antik dan lukisan asli (yang dilukis tangan)

Kerajaan juga telah memperluaskan cukai perkhidmatan, antara 6% hingga 8%, untuk meliputi enam sektor baharu, dengan beberapa pengecualian untuk melindungi perniagaan kecil dan kumpulan berpendapatan rendah

Perkhidmatan Pembinaan – 6%

Dikenakan untuk:

  • Syarikat pembinaan dengan hasil melebihi RM1.5 juta setahun

Dikecualikan:

  • Projek perumahan rakyat dan pembinaan kediaman

  • Transaksi antara perniagaan (B2B) untuk elak cukai berganda

  • Kontrak sedia ada diberi tempoh penangguhan 12 bulan

Perkhidmatan Kewangan – 8%

Dikenakan untuk:

  • Servis berdasarkan yuran atau komisen, seperti caj proses pinjaman

Dikecualikan:

  • Perbankan asas

  • Pembiayaan Islam

  • Pasaran modal, pemindahan wang ke luar negara

  • Struktur yuran patuh Syariah

  • Entiti Labuan, Bursa Malaysia

  • Transaksi B2B

Perkhdimatan Kesihatan Swasta – 6%

Dikenakan untuk:

  • Pesakit bukan warganegara sahaja

Dikecualikan sepenuhnya untuk rakyat Malaysia, termasuk:

  • Rawatan tradisional dan komplementari (perubatan Melayu, Cina, India, Islam, homeopati, kiropraktik)

  • Perkhidmatan kesihatan bersekutu: fisioterapi, audiologi, terapi pertuturan

Pendidikan Swasta – 6%

Dikenakan untuk:

  • Prasekolah, sekolah rendah dan menengah swasta yang caj lebih RM60,000 setahun

  • Institusi pengajian tinggi swasta untuk pelajar antarabangsa

Dikecualikan:

  • Warganegara Malaysia

  • Orang kurang upaya (OKU)

Servis Kecantikan – 8%

Dikenakan untuk:

  • Perniagaan dengan pendapatan lebih RM500,000 setahun

  • Termasuk servis facial, potong rambut, rawatan kecantikan dan spa

Servis penyewaan dan pajakan – 8%

Dikenakan untuk:

  • Syarikat yang jana lebih RM500,000 setahun daripada penyewaan/pajakan

Dikecualikan:

  • Sewa kediaman

  • Bahan bacaan

  • Aset luar negara

  • Pajakan kewangan

  • Transaksi B2B

  • PKS & Mikro

  • Kontrak lama diberi pengecualian selama 12 bulan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Bagi memberi ruang kepada syarikat untuk menyesuaikan diri, tiada tindakan penalti akan dikenakan sehingga akhir tahun ini, selagi terdapat usaha yang jelas untuk mematuhi peraturan baharu

Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mengeluarkan peraturan terperinci, garis panduan, dan dokumen Soalan Lazim (FAQ) dalam minggu-minggu akan datang bagi membantu perniagaan menavigasi rejim cukai yang telah dikemas kini.

Tak semua akan naik, tetapi kalau anda guna servis ini, kena bersiap sedia sikit lah. Ia adalah langkah untuk kukuhkan hasil negara tanpa terlalu membebankan rakyat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: