Wanita Tubuhkan 'BioQueen' Bantu Golongan Penghidap Hoarding Disorder Bersihkan Rumah Secara Sukarela
Bukan senang nak lawan penyakit OCD ni rupanya.
Cover image via BERNAMAFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau orang lain pergi gim selepas penat bekerja, wanita ini pula rasa puas hati bila berpeluh bersihkan rumah yang penuh dengan sampah
Siapa sangka, aktiviti yang bagi sesetengah orang mungkin memualkan seperti bersihkan rumah kotor, berhabuk dan penuh barang lama, menjadi terapi jiwa untuk seorang wanita bernama Nuradzlinn Abu Hashim, 37.
Menurut laporan BERNAMA, apa yang lebih menarik adalah, dia bukan saja sering mengemas rumah sendiri, tetapi turut membantu penghidap hoarding disorder.

Difahamkan, Nuradzlinn pernah mengalami OCD (Obsessive Compulsive Disorder) yang agak teruk
Percaya atau tidak, dia pernah mencuci tangan sampai 50 kali sehari sehingga melecet dan berdarah. Dia juga pernah menukar 21 pembantu rumah dalam masa setahun setengah kerana terlalu obses dengan kebersihan.
Namun begitu, selepas mendapatkan rawatan psikiatri, dia mula berani melawan ketakutan sendiri dengan menyentuh barang yang dulunya dianggap 'kotor' dengan mengemas rumah orang lain yang penuh dengan timbunan barang.
"Individu yang mengalami OCD juga gemar menyimpan barang lama dan sukar membuangnya, sehingga sering disalah anggap oleh masyarakat sebagai gila, sedangkan mereka sebenarnya ada masalah yang tidak diselesaikan," katanya.

Kini, dia menubuhkan pasukan sukarelawan khas bernama BioQueen
Dengan bantuan suami dan 10 sukarelawan, Nuradzlinn menubuhkan BioQueen, satu inisiatif untuk membantu golongan hoarder bersihkan rumah mereka secara sukarela.
Posting di media sosialnya telah menarik perhatian ramai. Ada yang nak jadi sukarelawan, derma barang, dan beri sokongan moral. Menurutnya, cabaran sebenar bukan bersihkan rumah, tetapi pujuk tuan rumah untuk buang barang yang tak digunakan.
"Pernah tuan rumah kutip semula barangan mereka yang kami buang di tong sampah. Ada juga rumah yang hanya dapat dibersihkan menerusi campur tangan polis dan waris penghuni," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


