Aksesori 'Dummy Buckle' Bakal Jadi Barangan Import Yang Dilarang Mulai 31 Disember Ini

Selepas ini tiada lagi 'dummy buckle' di Malaysia.

Cover ImageCover image via Bernama & NSTP/ FATHIL ASRI

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan akan mengharamkan import peranti keselamatan palsu yang dikenali sebagai 'dummy buckle' bermula 31 Disember ini

Larangan import ke atas peranti keselamatan palsu diumumkan melalui Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) (No. 2) 2025 dalam warta persekutuan.

Menerusi laporan Free Malaysia Today, perintah ini secara khusus melarang pengimportan pelbagai aksesori dan peranti seperti "dummy buckle," penyahaktif penggera tali pinggang keledar, dan pemanjang klip tali pinggang keledar.

Ini termasuk mana-mana peranti serupa yang boleh dimasukkan ke dalam slot tali pinggang keledar dengan tujuan untuk menyahaktif atau memintas peringatan keselamatan, sekaligus menyebabkan mekanisme tali pinggang keledar tidak berfungsi dengan betul.

SAYS.com
Image via NSTP/AHMAD HASBI.Image via Image via

Bimbang penggunaan semakin meluasnya

Kementerian Pengangkutan (MOT) sebelum ini dilaporkan sedang berunding dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengharamkan 'dummy buckle' ini.

Kebimbangan utama adalah kerana penggunaannya yang meluas untuk mematikan penggera tali pinggang keledar.

Sebagai contoh, semasa operasi khas Tahun Baharu Cina di Negeri Sembilan, pihak berkuasa mendapati bahawa 30% daripada 195 pesalah tali pinggang keledar sebenarnya menggunakan 'dummy buckle' untuk mengelakkan penggera keselamatan berbunyi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: