Alat Sulit Terkeluar Masa Berlumba, Atlet Ini Dapat Tawaran Jadi Model Seluar Dalam
Dari malu jadi rezeki!
Cover image via TMZ SportsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Chris Robinson, atlet larian berpagar 400 meter dari Amerika Syarikat tak sangka insiden 'memalukan' yang berlaku semasa kejohanan Golden Spike Ostrava baru-baru ini akan melonjakkan namanya jadi sebutan ramai
Tetapi apa yang lebih mengejutkan, dia berjaya menang perlumbaan itu dengan masa 48.05 saat, sekaligus rekod terbaiknya untuk musim ini.
Menurut laporan TMZ Sports, susulan tularnya insiden tersebut, Chris kini jadi buruan syarikat seluar dalam terkenal di Amerika.

Difahamkan, Chris terbuka dengan semua tawaran itu dan sudah mula bincang dengan pihak syarikat
Shinesty, jenama yang memang dikenali dengan design bold dan kelakar, terus menghubungi Chris dan ingin menjadikannya model produk terbaru mereka.
Manakala, Krakatoa, jenama seluar dalam khas untuk atlet turut berusaha approach Chris untuk projek kolaborasi bersama mereka.


Insiden yang berlaku pada 24 Jun di Czechia itu mungkin nampak buruk bagi orang biasa, tetapi bagi Chris, ia mungkin momen yang mengubah hidupnya. Siapa sangka, 'wardrobe malfunction' boleh buka peluangnya ke dunia modelling!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


