Bekas Pengetua Dipenjara 107 Tahun Atas 13 Pertuduhan Amang Seksual & Rogol Pelajar Sekolah Bawah Umur
Kesemua kesalahan itu dilakukan di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang antara November 2020 hingga November 2021.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekas pengetua dipenjara 107 tahun selepas didapati bersalah atas 13 pertuduhan berkomunikasi secara seksual, melakukan amang seksual fizikal dan merogol pelajar
Menerusi laporan Berita Harian, tertuduh, Rosli Abd Rahman, 60, dijatuhkan hukuman tersebut selepas Hakim, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan sebaik pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Tertuduh didakwa berkomunikasi secara seksual dengan mangsa yang ketika kejadian berusia 16 tahun lapan bulan dan dia turut berdepan pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang sama.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan lima pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan dan empat pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017.
Dia turut didakwa mengikut dua pertuduhan mengikut Seksyen 11 (1) (a), satu pertuduhan mengikut Seksyen 14 (c) dan satu pertuduhan Seksyen 14 (d) AKSTKK 2017.
Tertuduh dibenar jalani hukuman penjara serentak

Gambar sekadar hiasan.
Image via KLSE ScreenerMahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara satu tahun bagi kesalahan mengikut Seksyen 11 (1) (a) dan lima tahun penjara bagi kesalahan dibawah Seksyen 14 (a), 14 (c) dan 14 (d) AKSTKK 2017.
Bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2) (f), tertuduh dikenakan hukuman penjara 15 tahun di mana kesemua hukuman penjara itu bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini.
Akan tetapi, tertuduh hanya menjalani hukuman penjara selama 15 tahun selepas mahkamah mengarahkan hukuman penjara dijalankan serentak.
Mahkamah turut membenarkan penangguhan hukuman tertuduh sementara menunggu rayuan dan jaminan dinaikkan sebanyak RM40,000 Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noradila Ab Latif manakala tertuduh diwakili peguam, Abdul Rahman Razak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 