Anwar Arah KPT, UMS Tidak Sekat Akademik Mahasiswa Yang Terlibat Bakar Karikatur PMX
Difahamkan, seramai 13 mahasiswa yang terlibat mungkin berdepan tindakan disiplin termasuk dibuang institut.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk tidak mengambil tindakan terhadap pelajar yang membakar karikatur PMX di Kota Kinabalu, baru baru ini
Menerusi laporan Buletin TV3, perkara itu disampaikan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, hari ini.
"Selaras dengan pendekatan MADANI yang mengutamakan nilai ihsan, YAB Perdana Menteri turut mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) agar pelajar yang terlibat tidak disekat perjalanan akademiknya.
"Masa depan anak muda tidak harus terkorban dalam arus perbezaan pandangan," jelasnya.
Tambahnya, sebagai aktivis mahasiswa dan reformis, Anwar sentiasa mempertahankan kebebasan bersuara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Aktivis yang terlibat dalam perhimpunan hujung minggu lalu membersihkan kesan terbakar selepas karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibakar.
Image via FacebookImage viaPerdana Menteri memaklumkan memahami semangat yang ditunjukkan oleh mahasiswa dalam gerakan itu
Perdana Menteri juga jelasnya menitip pesan bahawa semangat perubahan bermula dengan keberanian anak muda menyuarakan kebenaran berlandaskan fakta dan niat yang tulus.
"Insiden pembakaran karikatur Perdana Menteri di Kota Kinabalu baru-baru ini mengingatkan kita betapa besar harapan rakyat agar rasuah dibanteras sampai ke akar umbi.
"YAB Perdana Menteri sendiri muncul daripada gerakan mahasiswa dan pernah memimpin gerakan reformasi di jalanan, maka beliau benar-benar memahami suara itu, beliau sendiri saksi bahawa kritikan, walau sepedas mana, adalah sebahagian penting dalam meraikan demokrasi," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 