3 Perubahan Utama Cukai SST Diumumkan MOF, Apa Kesannya?

Ini yang ada perlu tahu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan Malaysia & Save2u
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan tiga pindaan utama kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperluaskan mulai 1 Julai ini


Perubahan baharu itu dilakukan selepas kerajaan menerima kecaman rakyat yang tidak bersetuju sejak semakan itu mula-mula diumumkan pada 9 Jun 2025.

Berikut di bawah ialah tiga pindaan yang telah dikemas kini:


1. Beberapa buah import kini dikecualikan daripada SST

Bermula 1 Julai 2025, buah epal, oren, mandarin dan kurma tidak lagi dikenakan SST.

MOF juga mengesahkan bahawa barangan keperluan seperti beras, ayam, daging, telur, sayur, ikan tempatan (selar, tongkol, cencaru, sardin) turut dikecualikan SST.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Raihana Mansor/New Straits Times

2. Servis kecantikan kekal tanpa cukai SST

Pada awalnya, servis seperti gunting rambut, manicure, facial dan dandanan lain dijangka dikenakan SST 8%. Namun begitu, ramai yang tidak setuju terutamanya rakyat B40. MOF akhirnya mengumumkan servis kecantikan dikecualikan daripada senarai SST. Ini bermaksud:

MOF akhirnya mengumumkan servis kecantikan dikecualikan daripada senarai SST. Ini bermaksud:

– Tiada caj tambahan untuk potong rambut atau cuci muka.
– Salun dan barber boleh kekalkan harga sedia ada.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via iStock

3. Ambang cukai perkhidmatan dinaikkan untuk penyewaan & perkhidmatan kewangan

Untuk melindungi usahawan kecil dan mikro, ambang wajib daftar SST dinaikkan daripada RM500,000 ke RM1 juta setahun, khusus untuk:

– Servis sewaan.
– Perkhidmatan kewangan berasaskan yuran atau komisen.

Ini bermakna, hanya syarikat dengan pendapatan tahunan melebihi RM1 juta dalam kategori ini perlu mengutip cukai SST.

Bagaimanakah perubahan SST ini sebenarnya memberi kesan kepada anda?

  • Harga buah kegemaran kekal stabil – tak perlu risau harga epal atau kurma naik kat pasar raya.
  • Kos grooming masih mesra poket – potong rambut dan facial masih ikut bajet, tiada caj SST 8%.
  • Kurang servis kecil kena kutip cukai – jika anda sewa pejabat atau khidmat kewangan kecil-kecilan, caj SST mungkin tak dikenakan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: