Selain Ayam, Lembu & Kambing, Ini Senarai Barangan Yang Lain Tak Kena SST

Barang yang belum diproses juga tidak dikenakan cukai SST.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Utusan
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ayam, lembu dan kambing adalah antara barang belum diproses yang tidak dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 Julai ini

Menurut laporan Kosmo!, selain itu, barangan belum diproses lain yang juga tidak dikenakan SST adalah udang, sotong, ikan tilapia, ikan tongkol, buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan, beras, barli, bijirin dan gandum.

Susu, Milo, Vico, Nestum dan minyak masak turut tidak tidak dikenakan SST.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro
SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Hanya enam jenis perkhidmatan yang akan dikenakan cukai SST

Ubat-ubatan, buku, jurnal dan surat khabar, makanan ternakan dan peliharaan, bahan asas pembinaan seperti simen, batu, pasir, baja dan racun serta jentera pertanian dan penternakan turut tidak dikenakan SST.

Terdahulu, media melaporkan mulai 1 Julai 2025, skop cukai perkhidmatan akan diperluaskan untuk enam sektor perkhidmatan iaitu pendidikan, kecantikan, kewangan, sewaan atau pajakan, kerja pembinaan serta jagaan kesihatan swasta.

Difahamkan, langkah kerajaan untuk menyemak semula dan meluaskan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dalam Belanjawan 2025 adalah bertujuan mengukuhkan kedudukan kewangan negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: