Kerajaan Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih MyGOV Julai Ini
Difahamkan, semua jenis perkhidmatan akan dihimpunkan dalam aplikasi tersebut.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan bakal melancarkan aplikasi mudah alih, MyGOV Malaysia yang akan berfungsi sebagai 'gerbang digital' untuk kesemua perkhidmatan pada Julai ini
Menurut laporan BERNAMA, Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, aplikasi itu merupakan sebahagian daripada inisiatif GovTech.
Difahamkan, MyGOV akan memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk mengakses pelbagai perkhidmatan menggunakan satu platform sahaja.

Menurutnya, langkah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara digital
"Sudah tiba masanya kita menyediakan satu platform tunggal yang membolehkan rakyat berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan secara lancar dan bersepadu," katanya.
Difahamkan, aplikasi MyGOV Malaysia akan mempunyai 7 perkhidmatan utama termasuk permohonan passport, pendaftaran kelahiran dan warganegara, pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan, temujanji dan rekod dengan hospital kerajaan, pembayaran saman, cukai serta kadar taksiran tanah dan juga Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Selain itu MyGOV juga akan dipautkan kepada MyDigital ID yang membolehkan pengguna untuk log masuk serta mengesahkan identiti ketika menggunakan perkhidmatan kerajaan.
Setakat 23 Jun 2025, seramai 2.6 juta pengguna telah mendaftar di MyDigital ID dan data tersebut akan dipautkan kepada 34 sistem kerajaan.
Menurut beliau lagi, aplikasi MyGOV Malaysia dihasilkan dengan kolaborasi bersama pelbagai pihak swasta termasuk telco dan bank demi memastikan pengalaman pengguna yang selamat dan juga mesra pengguna.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 