[VIDEO] Warga Asing Biar Anak Berkeliaran & Kencing Dalam Kereta Api Cetus Kemarahan Ramai
Geram pula kita tengok.
Cover image via @syaffqaaa (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan kanak-kanak warga asing berkeliaran di dalam kereta api telah mengundang bualan ramai
Menerusi video yang dimuat naik oleh @syaffqaaa di laman TikTok, kanak-kanak perempuan itu menaiki kereta api bersama ibu dan dua lagi adik-beradiknya.
Apa yang membuatkan ramai geram adalah kanak-kanak itu dibiarkan berkeliaran dan siap kencing merata. Ibunya pula seolah-olah tidak kisah dan selamba berbual di telefon.


Susulan tularnya video itu yang kini meraih 3.2M views dan 23K shares di TikTok, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram melihat wanita tersebut yang tidak bertanggungjawab selepas anaknya buat hal
Malah, si perakam turut menyeru pihak Rapid KL agar mengambil tindakan di atas insiden berkenaan.
"Hope pihak Rapid KL ambil tindakan ya, mak dia sibuk call padahal nampak anak dia berkeliaran & kencing still sibuk call," katanya.
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

MOST READ


