“Lelaki Tapi Berpakaian Macam Perempuan” – Pempengaruh Ditahan Ketika Buat Live TikTok Di Melaka

Semasa ditahan, lelaki terbabit memakai blaus ungu, rambut palsu bersanggul, kasut perempuan dan anting-anting.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pempengaruh media sosial lelaki dicekup oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) awal pagi tadi selepas dia disyaki berpakaian seperti perempuan ketika membuat siaran langsung di Banda Hilir, Melaka

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 pagi oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasaan JAIM selepas pihak mereka terima aduan daripada orang awam.

"Semasa ditahan, lelaki terbabit memakai blaus ungu, rambut palsu bersanggul, kasut perempuan dan anting-anting.

"Ketika pemeriksaan dijalankan, individu itu didapati memakai kesemua barangan tersebut. Kesemua barangan itu telah disita oleh penguat kuasa agama untuk dijadikan barang kes,"
katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Orang awam mendakwa lelaki itu normalisasikan budaya LGBT

Difahamkan, tindakan JAIM itu dibuat selepas menerima aduan daripada individu yang mendakwa lelaki berkenaan cuba mempromosi dan menormalisasikan budaya LGBT menerusi kandungannya di TikTok.

Individu tersebut telah dibawa ke pejabat JAIM untuk dokumentasi dan siasatan lanjut.

"Perbuatan itu juga menyalahi undang-undang yang tidak menyokong sebarang bentuk amalan LGBT di Malaysia dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 72: Lelaki berlagak seperti perempuan, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991," katanya lagi.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: