Sangkut Unta Keliling Pinggang, Cucu Terkejut Atuk Balik Haji Bawa Hadiah – “Comelnya!”

Steady lah atuk!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @b4ngchik (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Walaupun baru balik dari perjalanan yang panjang dan penat, kasih sayang seorang datuk kepada cucu-cucunya memang tiada tandingan

Baru-baru ini, tular satu video di Threads yang dikongsi oleh pengguna @b4ngchik memaparkan seorang jemaah haji lelaki yang baru tiba di lapangan terbang dengan beberapa anak patung unta digantung di seluruh badannya.

Difahamkan, patung-patung itu dibawa khas sebagai buah tangan buat cucu-cucunya.

Lebih menyentuh hati, sebaik sahaja jemaah haji lelaki itu tiba, kelihatan cucu-cucunya berlari mendapatkannya dalam keadaan sangat teruja.

SAYS.com
Image via @b4ngchik (Threads)

Susulan tularnya video tersebut, ramai yang tersentuh dan sebak melihat momen itu

Tidak kurang juga, ada yang siap throwback kenangan mereka bersama mak ayah buat benda yang sama.

Lihat video di bawah:

@nd_kh4n

Atok!! Atok buat ape ni?!teperanjat kteorg.hahahahahahahahahaha @TeamAirportTabungHajiTravel #tabunghaji #fy #fyp #fypシ #fypシ゚viral #haji2025

♬ Basstamam – Syed Iqbal

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik