[VIDEO] Lelaki Tunjuk Cara Mandikan Mak Terlantar, Ramai Sebak Teringat Ibu Bapa Masing-Masing
Semoga semua yang sedang menjaga ibu bapa sakit akan dipermudahkan lagi urusan mereka.
Cover image via @alifrosehaizad (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sudah menjadi tanggungjawab anak untuk membalas jasa ibu bapa, lebih-lebih lagi apabila mereka sudah tua dan memerlukan penjagaan rapi daripada kita
Itulah yang ditunjukkan oleh seorang lelaki menerusi laman Instagram miliknya, @alifrosehalzad, memaparkan dia menunjukkan cara-cara menguruskan ibunya yang terlantar di atas katil setiap hari.
Dalam video tersebut, Alif dilihat menunjukkan cara-cara untuk memandikan seseorang pesakit yang terlantar dan tidak boleh bergerak tanpa perlu ke bilik air.
Dia membuktikan ianya bukanlah sesuatu yang sukar untuk menguruskan pesakit terlantar terutamanya ketika mahu membersihkan tubuh badan mereka.

Menerima reaksi positif daripada netizen di samping ramai yang luahkan rasa rindu terhadap ibu bapa masing-masing
Menerusi tinjauan di bahagian komen, video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi positif atas perkongsiannya.
Rata-ratanya memuji kandungan yang dikongsi lelaki itu di samping memuji tanggungjawabnya sebagai seorang anak yang baik.
Bukan itu sahaja, terdapat juga komen-komen yang mengundang rasa sebak menceritakan pengalaman mereka masing-masing ketika menjaga ibu bapa yang sakit.
Lihat antara komen di bawah:



Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



