Ada Cara Rupanya, Ini Tip Baiki Baju Yang Rekaan Merekah
Rupa-rupanya ada cara nak baiki baju-baju rekaan yang dah merekah.
1Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tiada yang lebih menyedihkan apabila baju kegemaran yang mempunyai corak cantik atau gambar menarik tetapi akhirnya merekah
Cetakan di baju-baju ini merekah kerana basuhan yang berulang kali, kualiti dakwat rendah, penggunaan pembasuh baju yang kuat dan kerosakan ketika produksi.
Tapi sebenarnya ada cara mudah untuk baiki retakan cetakan pada baju-baju ini dan kembalikan ia kepada rupa asal seperti baru beli.

Seorang pengguna Threads bernama @nadiaib_08 juga ada berkongsi tip bagaimana untuk membaiki retakan di baju.
Ini cara baiki baju merekah
Bahan-bahan dan barangan yang diperlukan:
- Cecair Acetone atau barangan yang mempunyai acetone seperti pencuci pewarna kuku.
- Kertas parchment (baking paper/kertas minyak)
- Putik kapas atau kapas
- Gunting
Acetone adalah satu cecair yang boleh digunakan untuk melarutkan plastik, minyak, resin dan produk cat. Acetone juga wujud di dalam pencuci pewarna kuku.
Langkah 1

- Bentangkan baju di permukaan rata
- Gunakan gunting untuk memotong kertas parchment sebesar rekaan corak di baju anda. Kemudian masukkan kertas itu ke bahagian dalam baju anda di bawah rekaan itu. *ini adalah untuk mengelakkan acetone dari meninggalkan kesan di baju*
Langkah 2

- Lembabkan kapas dengan acetone
- Secara perlahan-lahan, anda hanya perlu dab dikawasan rekahan dan tekan tempat itu selama satu minit (dab sahaja jangan gosok)
- Ulangi langkah ini untuk semua tempat yang mahu dibaiki
- Biarkan baju anda untuk 3 hingga 5 minit. (Jika kawasan corak kecil biarkan 2-3 minit. Jika kawasan corak besar biarkan 5 minit)
Langkah 3

- Potong kertas parchment sebesar rekaan baju dan letakkan di atas rekaan yang telah digunakan acetone.
- Guna seterika pada tetapan panas (Jangan guna stim air) (Hati-hati dengan panas seterika)
- Panaskan kawasan rekaan yang merekah sekurang-kurangnya 10-15 saat.
Gambar sebelum dan selepas yang dikongsikan oleh @nadiaib_08 di Threads.

Mungkin selepas ini kita tidak lagi perlu membuang baju-baju kegemaran yang telah retak rekaannya.
Jangan lupa cuba!
*PERINGATAN PENTING* Acetone mempunyai bau yang boleh merengsakan (irritate) mata, hidung dan tekak. Guna cecair ini di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik. Pakai sarung tangan untuk lebih selamat. Jangan sedut atau minum acetone kerana ia adalah toksik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 