Konfem! My Chemical Romance Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert Pada 30 April 2026

Confirm fullhouse ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kerrang & My Chemical Romance
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kali terakhir buat persembahan di Malaysia 18 tahun lalu, My Chemical Romance (MCR) bakal kembali ke Malaysia tahun hadapan

Konsert yang bakal dijadualkan diadakan pada 30 April 2026 itu akan dijalankan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.

Kehadiran kumpulan muzik yang berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat itu ke Malaysia merupakan salah satu destinasi mereka dalam Jelajah Asia Tenggara untuk tahun 2026.

Antara negara jiran yang turut terlibat ialah Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia.

Beberapa kali memberi hint kepada rakyat Malaysia

Terdahulu, laman-laman sosial dipenuhi dengan rasa teruja dan tertanya-tanya oleh ramai penggunanya apabila telah tular beberapa rakaman paparan iklan yang telah dikaitkan bersama MCR oleh orang ramai.

Beberapa siri paparan iklan itu dilihat telah memberi hint kepada rakyat Malaysia akan kedatangan MCR dengan memaparkan ayat yang mengandungi tajuk-tajuk lagu kumpulan muzik itu.

Akhirnya, pada hari ini, MCR menerusi laman Instagram rasmiya mengumukan kedatangannya ke Malaysia menjawab persoalan ramai peminat di sini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: