Dah Ready Nak Battle Beli Tiket Konsert MCR Kat KL? Ini Maklumat Penuh & Harga Tiket

Baik menyesal beli daripada menyesal tak beli.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Loudwire & @hellouniversemy (X)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas 18 tahun, My Chemical Romance (MCR) akhirnya confirm akan kembali ke Malaysia tahun hadapan

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah dipilih sebagai venue dan tarikh 30 April 2026 telah ditetapkan sebagai hari konsert tersebut.

Selepas pengumuman rasminya pagi tadi, pemakluman harga tiket bagi konsert ini turut telah diumumkan iaitu bermula pada jam 11 pagi 11 Julai ini.

Ruang menunggu akan dibuka pada jam 10.30 pagi, jadi bagi siapa yang nak dapat tiket awal boleh beratul seawal jam ini!

Bukan sekadar di Malaysia, kumpulan muzik itu juga akan membuat persembahan di:
– Incheon, Korea Selatan – Paradise City Culture Park (18 April)
– Bangkok, Thailand – IMPACT Challenger Hall (22 April)
– Bulacan, Filipina – Philippine Arena (25 April)
– Singapura, Singapura – Indoor Stadium (28 April)
– Jakarta, Indonesia – Hammersonic Festival (3 May)

SAYS.com
Image via Hello Universe (Disediakan untuk SAYS)

Harga tiket bermula serendah RM299

Harga tiket telah diagihkan mengikut zon tersendiri dengan harga yang paling mahal dikenakan adalah pada tiket Helena (Seating) dengan harga RM1,099.

Harga tiket:
RM299 – Zon E
RM399 – Zon D
RM499 – Zon C
RM599 – Zon B
RM699 – Zon A
RM1,099 – Helena (Seating)
RM599 – I'm Not Okay (Standing)
RM799 – I Don't Love You (Early entry)

Dapatkan tiket di SINI!

Image via @hellouniversemy (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: