Lesen Memandu Boleh Digantung Serta Merta & Kena Buat Latihan Balik Jika Terlibat Kemalangan

Ia melibatkan pemegang lesen memandu vokasional (PSV) atau lesen kenderaan barangan (GDL) yang terbabit kemalangan dan sedang disiasat pihak polis.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & JPJ Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lesen pemandu kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam yang terlibat dalam kemalangan akan digantung serta-merta sementara siasatan dijalankan pihak berkuasa

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan tegas itu adalah antara langkah penambahbaikan diambil JPJ bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan.

"Mana-mana pemegang lesen memandu vokasional (PSV) atau lesen kenderaan barangan (GDL) yang terbabit kemalangan dan sedang disiasat pihak polis akan digantung lesen mereka.

"Seterusnya jika pemandu itu didapati bersalah atau dikenakan notis mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), lesen mereka boleh dibatalkan JPJ mengikut peruntukan Seksyen 56 (4)(b).

"Kita sudah pun melaksanakan tindakan itu terhadap lima pemandu, antaranya pemandu lori yang terbabit kemalangan dengan kenderaan FRU baru-baru ini," katanya.

SAYS.com

Datuk Aedy Fadly Ramli (tengah) bergambar bersama penerima lesen memandu B2 di Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 Tahun 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pusat Konvensyen MPAJ.

Image via JPJ Malaysia (Facebook)

Wajib jalani latihan semula untuk mengaktifkan kembali lesen

Tambahnya, pemandu kenderaan perdagangan yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan gantung lesen dan wajib mengikuti latihan semula bagi mengaktifkan kembali lesen atau untuk dikeluarkan daripada senarai gantung.

"Program latihan semula ini akan dianjurkan JPJ di lokasi yang akan ditetapkan kelak, namunsemua pemandu akan turut dikenakan fi bagi menampung kos program latihan berkenaan," katanya.

Menurutnya, JPJ sedang meneliti lanjut mengenai tempoh masa yang wajib dilengkapkan calon dengan perincian tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat menerusi laman web rasmi JPJ.

"Kedua-dua tindakan penambahbaikan ini berpandukan kepada peruntukan Akta 333 dalam mengawal selia, menguatkuasa peraturan serta memastikan kompetensi pemandu terutamanya kenderaan perdagangan berada pada tahap baik," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: