Umie Aida Kena Bayar Denda Lebih RM1,000 Kepada Pihak Berkuasa New Zealand Lepas Terbawa Epal
Difahamkan, pelakon itu berada di sana untuk penggambaran sebuah drama bersiri yang turut dibintangi Nora Danish, Datuk Remy Ishak dan Fattah Amin.
Cover image via @umieaida9 (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hanya disebabkan sebiji epal tersimpan dalam beg, Datin Seri Umie Aida didenda Biosekuriti New Zealand sejurus tiba di Lapangan Terbang Auckland, baru-baru ini
Menerusi perkongsiannya di Instagram, pelakon tersebut memaklumkan dia telah dikenakan denda sebanyak NZD400 (RM1,024) selepas epal yang dibawa dalam beg, dikesan alat imbasan oleh pegawai Imigresen.
"Ini namanya takdir. Saya memang tak bawa apa-apa makanan ke New Zealand kerana nak memudahkan diri masa kat immigration.
"Dijadikan cerita masa kat lounge MAS Airline saya ambil sebiji apple untuk makan dalam flight sebelum tidur.
"Terlalu keletihan saya terus tidur dalam flight lupa bab apple. Bila sampai New Zealand depa scan beg, hihihi ada apple dalam beg kita. So kita kena denda denda $400," kongsinya.

Rakan-rakan selebriti berseloroh mengusik Umie Aida
Dalam video perkongsiannya itu memaparkan beberapa rakan pelakon yang turut serta dalam penggambaran mengusik Umie Aida.
Antara pelakon tersebut ialah Nora Danish, Fattah Amin dan Datuk Remy Ishak.
"Pengajaran untuk saya yang ingin saya berkongsi dengan orang ramai supaya jangan sekali sekali-kali bawa epal yang akan dimakan kejap lagi dalam flight ke, jangan.
"Sebab nanti kita akan lupa yang epal tu dalam handbag kita, jadi bila kita pergi imigresen, diorang scan nampak epal, maka kita akan dapat ini," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



