[VIDEO] Influencer Kongsi Detik Cemas Naik Pesawat Batik Air Hampir Terbabas Masa Landing

Dengar dia cerita pun rasa sebak.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @keynaaa_azami (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pempengaruh TikTok, keynaazami menceritakan pengalamannya menjadi salah seorang penumpang di pesawat Batik Air yang mendarat secara senget dalam sebuah video tular semalam

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh @utusantvofficial di TikTok, detik cemas itu sempat dirakam oleh orang awam ketika pesawat terbabit mendarat di lapangan Soekarno Hatta, Jakarta.

Difahamkan, pesawat berkenaan mendarat secara senget kerana keadaan cuaca yang teruk.

"Saya tak sangka saya masih ada di sini, masih hidup. Saya salah seorang warganegara Malaysia dalam Batik Air semalam. Saya ke Jakarta untuk kerja sekejap je.

"Keadaan dalam tu sangat teruk, dan saya tak sangka Allah nak pilih saya. Sepatutnya saya naik flight lain, tapi terpaksa schedule sebab ada urusan keluarga,"
katanya.

SAYS.com
Image via @keynaaa_azami (TikTok)

Keadaan dalam flight mula-mula okey saja, tetapi mula cemas apabila cuaca tiba-tiba buruk

Menurut Keyna, semua penumpang menjerit apabila pesawat tiba-tiba menurun secara mengejut akibat turbulence.

"Kitorang memang fikir mati je time tu. Keyna first time naik Batik Air Indonesia. Kita fly smooth je awal-awal.

"Tapi masa nak landing dah start turbulence teruk. Lebih kurang 20 minit sebelum sampai, kitorang dah menjerit dekat atas sebab ini pertama kali turbulence menjunam macam ni. Sebelum ni kalau naik flight dia gegar sikit-sikit je.

"Bila tayar touch down, memang kitorang rasa terbalik. I dengan berpegangan tangan dengan penumpang sebelah dan semua istighfar. I fikir I akan mati,"
katanya.

SAYS.com
Image via @keynaaa_azami (TikTok)

Sebak dan minta supaya Allah panjangkan umur sebab masih ada anak kecil

"Ya Allah, kalau kau nak tarik aku tolonglah tarik lepas anak aku dah besar sebab aku ada tanggungjawab.

"Jadi waktu landing tu I fikir anak I macam mana kalau dia tak dapat menyusu badan lepas ni. I fikir anak je sebenarnya korang. Mungkin korang rasa benda ni biasa tapi saya memang trauma,"
luahnya lagi.

Lihat video penuh di bawah:

@keynaaa_azami

Dari dekat atas mmg dh takut. Allah masih bg sy peluang untuk hidup mungkin untuk saya perbaiki diri saya lagi. Allahuakbar

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama
@utusantvofficial

29 JUN 25: Pesawat hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang, dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang semalam. #batikair #landingmiring #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp [We do not claim ownership of this video, all rights are reserved and belong to their respective owners, no copyright infringement intended. Please DM us for credit]

♬ Flight Sound – White Noise Radiance & White Noise

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik