Anak Terpaksa Berkorban Jaga Ibu Sakit & Tak Sambung Belajar – “Saya Rasa Serba Salah”
MashaAllah, besar pahala anak dia.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika kita rasa kehidupan kita penuh dengan dugaan, sebenarnya ramai lagi orang di luar sana yang lebih berat ujiannya
Baru-baru ini, pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya berkongsi kisah tentang sebuah keluarga yang telah lama dikenalinya.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Fedtri seronok dapat bertemu kembali dengan keluarga Puan Mazarina dan Encik Adam selepas 10 tahun berlalu.
"Selepas 10 tahun, dapat bertemu kembali dengan keluarga hebat ini. Puan Mazarina & En Adam, berjuang mendapatkan zuriat. Allah kurniakan Adrina.
"Dulu mereka menatang anak bagai minyak yang penuh. Kini Adrina pula berkorban demi menjaga orang tua, sehingga terpaksa melupakan soal pengajian dan cita-cita. Apatah lagi si ibu yang diuji pelbagai penyakit dan komplikasi serta tidak lagi dapat melihat.
"Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran," tulisnya.

Difahamkan, Puan Mazarina kini terpaksa menjalani banyak pembedahan kerana menghidap pelbagai komplikasi penyakit
"Pembedahan demi pembedahan. Kita doakan selamat semuanya. Dalam keterbatasan, ada impian untuk melihat anak tunggal berjaya seperti insan lain," tulisnya lagi.
Dalam video yang dimuat naik oleh Fedtri, Puan Mazarina berkata dia berasa serba salah kerana anaknya terpaksa berkorban banyak perkara dan tidak dapat menjadi seperti remaja lain.
"Saya besarkan dia untuk dia sambung belajar tapi takdir Allah satu-satu ujian, dia pula yang menanggung dan terpaksa jaga kami.
"Sekarang ni saya rasa saya dah ambil banyak peluang dia, dia tak ada kawan, terpaksa duduk dalam rumah dengan kami. Sebagai mak ayah, kita rasa bersalah pula dekat dia," luahnya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



