[VIDEO] DBKL Robohkan Terus Gerai ‘Haram’ Warga Asing Di Pantai Dalam
Kawasan tersebut dipercayai dibangunkan oleh warga asing.
Cover image via @nurul.asyikin785 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perobohan gerai-gerai 'haram' di Pantai Dalam, Kuala Lumpur oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapat perhatian ramai baru-baru ini
Menerusi sebuah video perkongsian @nurul.asyikin785 di TikTok, sebuah jengkaut sedang beroperasi digunakan untuk meroboh dan membersihkan kawasan itu.
Kawasan perniagaan itu didakwa telah dibangunkan oleh warga asing di samping tidak mempunyai lesen perniagaan.
Rakaman tersebut turut memaparkan sebuah kapsyen yang memaklumkan operasi itu berlaku di sekitar kawasan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Mendapat banyak sokongan daripada netizen
Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-rata netizen memberi respon bersetuju dengan tindakan DBKL itu.
Ramai antara mereka memuji organisasi berkenaan kerana berjaya laksanakan tanggungjawab memastikan perniagaan secara tidak sah oleh warga asing tidak berleluasa.
Lihat antara komen tersebut di bawah:



Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



