Hanya 8 Ahli Rasmi Asal Band Sahaja Diiktiraf & Boleh Guna Nama XPDC

Kemunculan pihak ketiga yang menggunakan nama berkenaan didakwa mengelirukan peminat termasuk mengganggu tawaran persembahan mereka.

Enlarge text
Cover ImageCover image via XPDC (YouTube) & Malaysia Kita
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penggunaan nama XPDC didakwa hanya dibenarkan untuk lapan individu yang pernah terbabit secara langsung dan sah bersama kumpulan rock popular era 1990-an itu

Menerusi laporan Berita Harian, Peguam yang mewakili Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Aizul Rohan mendakwa syarikat rakaman, Life Records sebagai pemilik hak cipta jenama XPDC hanya membenarkan dan memberi Pemilikan Cap Dagangan (Trademark Ownership) kepada dua kumpulan sahaja, iaitu XPDC Kita Peng Yu dan XPDC Militia.

Aizul mendakwa hak sebuah lagi band yang turut menggunakan nama XPDC untuk tujuan penganjuran konsert dan persembahan, sejak akhir-akhir ini, diketepikan.

Individu yang didakwa Aizul diiktiraf menggunakan jenama XPDC adalah Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael), Mohd Zulkifly Nik Hussin (Izo), Azuar Md Tasi (Zuar) dan Rosly Abdul Samat (Lee Space) dan empat lagi individu adalah Suhaimi Abu Bakar (Amy), Mohd Ali Ismail (Ali), Saiful Rizla Kamarudin (Lola) dan Amran Marsiman (Yan).

"Kira-kira dua minggu lalu, saudara XPDC (Kita Peng Yu) ada datang jumpa kerana dilema masalah yang mereka hadapi sekarang. Selepas berbincang, saya rasa persoalan itu sudah terjawab.

"Jadi, tak perlu panjang lebar di mahkamah kerana sudah terang sekarang siapa ada hak guna nama XPDC. Seperti tertulis dalam surat dikeluarkan Life Records, sesiapa yang tidak dinamakan, maka secara automatik tiada hak (menggunakan nama XPDC).

"Surat berkenaan megesahkan hak atau lesen menggunakan nama XPDC hanya kepada lapan individu sahaja. Selain itu tidak boleh menggunakannya," dakwanya.

SAYS.com

Peguam mewakili Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Aizul Rohan.

Image via Berita Harian
SAYS.com
Image via Malaysia KIta (Facebook)

Tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pihak yang tiada kena mengena masih gunakan nama XPDC

Menurut Aizul, sekiranya ada individu termasuk pihak lain menggunakan atau mewujudkan nama berkaitan XPDC, maka tindakan mengikut lunas undang-undang boleh diambil.

"Setakat ini, masih belum ada perbincangan mengenai tindakan lanjut. Mulai hari ini, secara rasmi yang ada hak guna nama XPDC hanya lapan individu, selain itu tak boleh pakai.

"Setakat ini, masih belum ada perbincangan mengenai tindakan lanjut. Mulai hari ini, secara rasmi yang ada hak guna nama XPDC hanya lapan individu, selain itu tak boleh pakai.

"Kalau pakai juga akan berdepan tindakan. Apa-apa yang berkaitan dengan XPDC memang tak boleh. Kenapa perlu ada nama XPDC juga dalam kumpulan mereka?

"Gunalah nama selain itu kerana ini jelas mereka mahu ambil kesempatan," katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian
SAYS.com
Image via Malaysia KIta (Facebook)Image via

Mengelirukan peminat dan mengganggu tawaran persembahan

Menurut pemain bes XPDC Kita Peng Yu, Zuar mendakwa kemunculan pihak ketiga yang menggunakan nama berkenaan mengelirukan peminat termasuk mengganggu tawaran persembahan mereka.

"Sekarang ini wujud yang ketiga. Mungkin ada anggotanya 'claim' mereka adalah anggota asal XPDC. Kadang-kadang perkara 'fake' (palsu) ini, penganjur ada yang tak kenal dan bila sebut sahaja XPDC mereka panggil.

"Itu yang mengelirukan peminat sebenarnya. Mereka pula tawarkan harga rendah, berbeza dengan kami. Saya tak mahu salahkan mereka, tetapi kalau boleh, mereka tukarlah nama," katanya.

Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez yang menawarkan bantuan dalam menyelesaikan isu berkenaan pula berharap agar jenama XPDC tidak lagi disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Masalah ini berlarutan begitu lama sehingga berlaku pergaduhan. Jadi, kami mahu jernihkan keadaan dan mengambil tindakan daripada segi undang-undang.

"Saya harap isu ini dapat ditamatkan dan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menghormati hak orang lain.

"Sekiranya ada pihak melakukan perkara menyebelahi undang-undang, kami tidak boleh benarkan jadi perlu diambil tindakan," katanya.

XPDC Kita Peng Yu membariskan anggota asal Zuar selaku pemain bes, Amy (dram), Jeff (gitar) dan Ary yang menggantikan tempat Mael sebagai vokalis manakala XPDC Militia pula menampilkan anggota seperti Ali sebagai vokalis, Izo (gitar), Eddie (bes), Lola (dram) dan Arif (gitar).

SAYS.com

Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez.

Image via Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: