KPT Pandang Serius Isu Mahasiswa Terjerumus Beban Hutang ‘Beli Dulu Bayar Kemudian’

Peningkatan penggunaan BNPL menyumbang kepada kenaikan kes hutang tertunggak serta caj tersembunyi yang membebankan pengguna.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & CNA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pandang serius penglibatan mahasiswa dalam skim beli sekarang bayar kemudian (BNPL) sehingga mengakibatkan dibebani hutang

Menerusi laporan Sinar Harian, Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata usaha untuk menangani isu ini perlu dilakukan secara berterusan khususnya dalam memberi peringatan kepada golongan terbabit.

"Saya ingin mengingatkan mahasiswa kita supaya tidak terjebak dengan skim pinjaman yang boleh memberi kesan buruk kepada kehidupan dan terperangkap dalam beban hutang yang mungkin mereka sendiri tidak sedar dengan kadar faedah tinggi dikenakan.

"Ada pihak menghubungi saya dan memaklumkan tentang isu ini dan pihak kementerian juga telah mengambil langkah memberi peringatan kepada mahasiswa supaya tidak terjerat dengan skim sebegini," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Ipinjamanperibadi

Pengguna BNPL melonjak dengan ketara pada akhir 2024

Industri BNPL dilihat mencatat lonjakan ketara dengan lebih 5.1 juta akaun aktif pada akhir 2024 manakala jumlah transaksi meningkat kepada 149 juta dengan nilai keseluruhan RM12 bilion.

Bagaimanapun, peningkatan ini turut menyumbang kepada kenaikan kes hutang tertunggak serta caj tersembunyi yang membebankan pengguna.

Menurut Zambry, pihaknya belum menerima maklumat berhubung kemungkinan terdapat mahasiswa di negara ini disenarai hitam kerana terjebak dengan skim berkenaan.

Bagaimanapun, beliau telah mengarahkan KPT supaya mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

"Kita akan membuat semakan mendalam dan saya sekali lagi ingatkan kepada pelajar supaya tidak terperangkap dalam skim sebegini kerana akhirnya mereka yang akan susah apabila dibebani hutang," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: