Pearly-Thinaah Bakal Dapat RM1 Juta Seorang Setahun Lepas Renew Kontrak Baharu Bersama BAM

Pasangan berkenaan dijangka menurunkan tandatangan hujung minggu ini sebelum berlepas ke Jepun bagi menyertai Terbuka Jepun.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah difahamkan bakal menerima pakej bayaran RM1 juta seorang setahun selepas bersetuju menandatangani kontrak baharu bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Menerusi laporan Berita Harian, tawaran itu diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis BAM sebelum ini biarpun timbul spekulasi mengatakan gandingan nombor tiga dunia itu meminta bayaran lebih tinggi sehingga rundingan kontrak kedua-duanya berlanjutan.

Bagaimanapun, badan induk itu difahamkan sedia mempertimbangkan kenaikan dalam pakej berkenaan sekiranya Pearly-Thinaah berjaya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) dalam tiga kejohanan bermula Terbuka Jepun dari 15 hingga 20 Julai, diikuti Terbuka China dari 22 hingga 27 Julai, sebelum turun beraksi di Kejohanan Dunia di Paris, Perancis dari 25 hingga 31 Ogos depan.

Terdahulu, masa depan Pearly-Thinaah bersama skuad kebangsaan akhirnya terjawab apabila mereka mencapai kata sepakat untuk menandatangani kontrak baharu bersama BAM, sekali gus kekal sehingga temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

SAYS.com
Image via Yonex Sunrise Malaysia (Facebook)

Sebelum ini timbul spekulasi pasangan beregu tersebut akan bergerak secara profesional

Sebelum ini, masa depan mereka menimbulkan tanda tanya selepas menangguh untuk menandatangani kontrak baharu walaupun kontrak terdahulu sudah tamat pada Disember tahun lalu sekali gus mengundang spekulasi yang mengaitkan Pearly-Thinaah akan bergerak secara profesional.

Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata isu kontrak Pearly-Thinaah akan diselesaikan sebelum kedua-duanya berlepas ke Jepun.

Sementara itu, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh ketika ditemui media di Akademi Badminton Malaysia (ABM), enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan sebaliknya meminta semua pihak menunggu pengumuman rasmi daripada badan induk itu.

"Tunggulah, presiden (Tengku Zafrul) sudah beritahu bahawa sebelum Terbuka Jepun, ada beberapa hari lagi. Seperti yang presiden beritahu hari itu, perbincangan mereka sangat positif. Itu sahaja yang saya boleh kata.

"Dari pihak BAM, sudah tentu kami mahu yang terbaik. Jadi, kita tunggu dan lihat," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: