Inteam Angkat Martabat Nasyid & Budaya Malaysia Di Pentas Dunia, Penonton Algeria Terpukau!

Acara yang berlangsung enam hari mulai 25 Jun lalu, menghimpunkan artis nasyid seluruh dunia dengan kepelbagaian gaya persembahan dan budaya Islam global.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kumpulan nasyid Inteam mewakili negara dalam acara berprestij, Festival Nasyid Antarabangsa (Mahrajan Al-Insyad Al-Duwali) di Constantine, Algeria, atas jemputan rasmi Kementerian Kebudayaan dan Ketua Pemerintah Wilayah Constantine

Menerusi laporan Berita Harian, penampilan sulung Inteam di Algeria itu menampilkan beberapa lagu ikonik seperti Dia Muhammad, Taybah, Setanggi Syurga, Solatullah, Ya Hanana dan Qamarun.

Apa yang menarik, lagu Qamarun dipersembahkan secara duet bersama Sheikh Sayed Arshid, iaitu penyanyi asal Syria yang kini menetap di Malaysia.

Turut menyerikan persembahan Inteam ialah johan Qari Antarabangsa 2024, Ustaz Husaini Mahmur.

Tampil memperkenalkan busana tradisional Melayu sebagai identiti seni budaya Malaysia di pentas antarabangsa, Inteam berjaya menarik perhatian ramai terhadap keunikan estetika pakaian nusantara.

SAYS.com
Image via Embassy of Malaysia in Algiers

Terharu tetap mendapat sambutan luar biasa meskipun berlainan budaya

Anggota Inteam Mohd Syahril Abdul Khalid, menyifatkan jemputan ke Algeria sebagai pengalaman luar biasa.

"Kami sangat terharu dan bersyukur. Ini kali pertama kami menjejakkan kaki ke Algeria. Sambutan mereka cukup luar biasa. Walaupun kami dan penonton datang dari latar budaya dan bahasa berbeza, namun, nasyid menjadi jambatan yang menyatukan.

"Kami juga berkongsi mengenai makna budaya dalam persembahan. Niat kami untuk memperkenalkan elemen budaya Malaysia, sebab itu kami pilih busana Melayu. Ramai peserta dan penonton tertarik dan bertanya mengenai pakaian kami selepas persembahan. Kami lihat ini suatu peluang dakwah dan diplomasi budaya yang sangat indah," katanya.

Seorang lagi anggota Inteam Abd Rahim Osman menzahirkan rasa syukur atas peluang diberi.

"Alhamdulillah, kami rasa sangat bertuah dapat berkongsi pentas dengan artis nasyid dari pelbagai negara.

"Apatah lagi dapat berduet dengan Sheikh Sayed Arshid. Ini suatu penghormatan besar buat kami. Semoga mesej dakwah ini terus tersebar ke seluruh dunia," ujarnya.

SAYS.com
Image via Embassy of Malaysia in Algiers

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: