Kerja, Keluarga, Impian: Macam Mana Lelaki Nak Kekal Konsisten Setiap Hari Tanpa 'Burnout'?
Setiap masalah pasti ada jawapannya bukan?

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaman sekarang lelaki bukan sekadar perlu survive kena juga thrive, sebab dunia tak tunggu
Lelaki hari ini bukan sekadar hidup, mereka bertarung setiap hari. Pagi punch card. Tengah hari kejar deadline. Petang meredah jem, ambil anak balik sekolah. Malam pula siapkan side hustle atau bantu isteri jaga anak.
Dengan dunia yang semakin maju dan perkembangan teknologi yang laju, kehidupan moden tak beri ruang untuk berhenti. Dalam satu masa, lelaki Malaysia kena pikul tanggungjawab sebagai anak, suami, ayah, pekerja, dan pemimpin.
Dulu, mungkin peranan lelaki lebih tersusun. Kerja, balik rumah, rehat. Tapi lelaki zaman sekarang hidup dalam dunia serba laju, serba tuntut, kena hadir bukan sahaja fizikal, tetapi juga emosi dan mental untuk keluarga dan kerjaya.
Repeat esok. Repeat lusa. Repeat tiap minggu. Lelaki Malaysia zaman sekarang bukan duduk goyang kaki. Mereka all out setiap hari.
Tapi pernahkah ada orang tanya apa yang mereka rasa sebenarnya?
Letih, kusut, tak cukup rehat, dan makin hilang fokus, semua tu bukan sebab lemah. Tapi sebab tenaga makin susut, motivasi makin kabur.
Tekanan hidup moden yang tak berhenti-henti buat ramai lelaki rasa tepu, badan berat, fikiran semak, fokus pun melayang. Bukan sebab lemah, tapi sebab tenaga dan jiwa makin tiris, demi tanggungjawab yang tak pernah mereka abaikan.
Nasib baik ada cara untuk boost energy dari dengan tip-tip senang sampai yang betul-betuk KAW:
1. Kekal hidrasi dan pastikan pemakanan terjaga
Dengan penjagaan makanan yang rapi, sumber tenaga utama seperti karbohidrat kompleks, protein, dan lemak sihat dapat dibekalkan untuk aktiviti harian dan prestasi fizikal mahupun mental.
Nutrien penting seperti Omega-3, Magnesium dan Vitamin B berperanan dalam menyokong fungsi otak, menstabilkan hormon, serta memperbaiki mood dan kesihatan mental secara menyeluruh.
Jangan tunggu haus baru minum air. Air diperlukan untuk hampir semua proses tubuh dari penghadaman, penyerapan nutrien, hingga peredaran darah dan kawalan suhu badan.
Badan yang cukup air lebih bertenaga dan minda pun lebih fokus. Makan ikut waktu dan pilih makanan yang berkhasiat, bukan sekadar kenyang.
2. Kawal kitaran tidur dengan baik
Bagi seorang lelaki yang sudah berkeluarga lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil pasti perkara ini sukar dilakukan.
Bila anda tidur awal badan akan membaiki sel-sel rosak, kuatkan sistem imun dan seimbangkan hormon. Tidur lewat atau tak menentu boleh ganggu hormon tidur (melatonin) dan buat kita rasa lesu walaupun tidur lama.
Tubuh kita ada "jam dalaman" atau circadian rhythm. Bila kita tidur awal jam ini akan berfungsi dengan baik memberi kesan waktu bangun yang konsisten.
Jadi, jika ada peluang untuk tidur awal pastikan anda gunakan sebaiknya bagi mendapatkan kembali tenaga keesokan hari dan rasa fresh!
3. Lakukan senaman ringan dan curi masa bersukan hujung minggu
Antara cara mudah ialah gunakan tangga untuk berbanding lif kalau anda bekerja atau tinggal di bangunan tinggi. Naik tangga setiap hari dapat beri kesan cardio yang baik menjadikan stamina semakin menigkat sekaligus mampu bekalkan tenaga.
Jangan lupa juga untuk bangun, regangkan badan dan pusing-pusing office. Mungkin tak nampak macam bersenam, tapi benda ni boleh elak sendi menjadi keras dan otak jadi tepu.
Dah sampai hujung minggu tu bolehlah plan dengan kawan-kawan untuk buat aktiviti berpeluh seperti badminton, futsal serta hiking untuk kekalkan dan jadikan badan lebih sihat.
Kalau kawan semua busy jangan risau, buat senaman ringan kat rumah pun boleh. Sambil-sambil layan drama kat tv tu boleh buat workout ringan seperti tekan tubi, sit up dan bench dips.
Aktiviti-aktiviti mudah macam ni boleh bina otot-otot pada bahagian badan anda beri kesan kepada lelaki-lelaki di luar sana yang kerjanya banyak memerlukan mengangkat barang.
4. Minum kopi yang betul yang ada 'legendary boost' macam Alicafe, yang terbukti lebih 20 tahun
Alicafe dah lama jadi rahsia tenaga ramai lelaki di Malaysia. Dengan gabungan hebat Tongkat Ali & Ginseng, ia bantu tingkatkan stamina semula jadi dan beri minda ketajaman yang diperlukan untuk fokus sepanjang hari. Senang, mudah tapi terbukti berkesan!
Yang menarik, Datuk Remy Ishak sendiri jadi duta Alicafe dalam kempen terbaru. Dalam iklan tu, dia tunjuk macam mana lelaki yang sentiasa aktif, tenang, dan mampu bantu orang lain, semuanya kerana dia ada tenaga yang cukup. Bukan sebab diet pelik atau gym 24/7, tapi sebab satu kopi yang dah terbukti membawa Kuasa KAW!
"Dulu bila sebut Tongkat Ali, orang fikir tenaga batin. Tapi bagi saya, bila minum Alicafe, ia bantu peredaran darah dan beri tenaga semulajadi, bukan saja fizikal, tapi juga mental. Tongkat Ali ni bagi saya, sumber tenaga asli yang berganda!" Datuk Remy Ishak.
Pelbagai perisa dalam range Alicafe Tongkat Ali & Ginseng, mana satu kegemaran anda?
Dah lama jadi pilihan ramai lelaki Malaysia, Alicafe Tongkat Ali & Ginseng (TAG) hadir dalam pelbagai perisa menarik untuk ikut cita rasa masing-masing:
Original – Rasa kopi klasik yang telah dipercayai ramai lelaki Malaysia, mantap, meyakinkan, dan sentiasa beri kuasa bila anda paling perlukan.
Salted Caramel – Sesuai untuk mereka yang sukakan kelainan tanpa kompromi pada rasa kopi yang kaw!
Hazelnut – Kegemaran baru ramai! Perisa yang mesti nak dirasa sebab hazelnut kan sedap.
Lebih Pekat – Sesiapa yang mesti kena rasa yang lagi padu, ni lah perisa untuk anda.
Kurma Madu dalam minuman tin 250ml – Gabungan unik kurma yang manis semula jadi, sesuai untuk yang perlukan recharge semasa on-the-go
Sama ada dalam bentuk sachet atau minuman bertin Ready-to-drink 250ml, anda boleh nikmati tenaga semulajadi bila-bila masa, di mana sahaja.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, layari laman web Alicafe si SINI!
Alicafe "Kuasa Kau, KAW", kopi lelaki sebenar yang tahu hidup ni bukan sprint tetapi sebuah maraton
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


