KKM Nafi Dakwaan Hanya Ada 4 Doktor Jumpa 300 Pesakit Di Hospital Sungai Buloh

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan sebuah hantaran yang tular di X memaparkan notis berkenaan dakwaan berkenaan.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menafikan dakwaan di laman sosial mengatakan Hospital Sungai Buloh menghadapi bebanan pesakit yang berlebihan dan kekurangan doktor

Menerusi sebuah hantaran @barathiSelvam10 di X, sebuah notis yang didakwa disiarkan di Klinik Pakar Ortopedik Hospital Sungai Buloh telah mendapat perhatian ramai.

"Dihantar oleh seorang yang namanya tidak mahu dikenali. Dia membawa ahli keluarganya ke Hospital Sungai Buloh semalam & terpaksa menunggu agak lama.

"Ini amat membimbangkan dan boleh menjejaskan kedua-dua tenaga kerja & kesejahteraan pesakit," tulisnya.

Notis itu memberitahu pesakit perlu menunggu masa yang lebih lama daripada kebiasaan di Klinik Tulang Belakang disebabkan bilangan pesakit yang ramai dan kekurangan kakitangan.

Ia mendakwa hanya seorang pakar perubatan dan tiga pegawai perubatan bertugaspada waktu itu untuk merawat 300 pesakit.

SAYS.com
Image via @barathiSelvam10 (X)

KKM akui tekanan yang dihadapi hospital seperti di Sungai Buloh, tetapi menjelaskan bahawa keadaan itu telah disalah tafsir

Susulan tularnya hantaran itu, KKM menerusi sebuah hantarannya di X mengeluarkan kenyataan menjelaskan keadaan yang berlaku.

Pihaknya memaklumkan hasil semakan mendapati terdapat tiga pakar perubatan dan tiga pegawai perubatan bertugas pada hari itu, bukannya hanya empat doktor dan klinik itu menerima 158 ​​pesakit.

Tambah KKM, angka yang lebih tinggi seperti yang telah tular itu mungkin dikira termasuk ahli keluarga dan penjaga yang menemani pesakit.

Menurut KKM, tahap kakitangan pada hari itu telah mematuhi jadual sedia ada dan kapasiti operasi klinik.

Lihat kenyataan penuh di bawah:

SAYS.com
Image via @KKMPutrajaya (X)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: