Tiga Saintis Muda Malaysia Terpilih Sertai Mesyuarat Nobel Laureate Lindau Ke-74
Wah hebatnya, women power!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tiga saintis muda berjaya mengharumkan nama Malaysia selepas terpilih untuk menghadiri Mesyuarat Nobel Laureate Lindau ke-74 yang berprestij di Jerman pada bulan ini
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), mesyuarat itu akan menghimpunkan Pemenang Anugerah Nobel bersama saintis generasi baharu.
"Dijadualkan berlangsung bermula pada 29 Jun hingga 4 Julai 2025, mesyuarat pada tahun ini akan memfokuskan kepada bidang kimia dan dijangka bakal menghimpunkan sekitar 35 Penerima Hadiah Nobel serta lebih 600 saintis muda dari 84 buah negara," katanya.
Berikut adalah tiga saintis wanita yang terpilih untuk mewakili Malaysia:

ChM Dr Mak Kit Kay, 33, Pensyarah di Jabatan Kimia Farmaseutikal, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU).

Ts Dr Ana Masara Ahmad Mokhtar, 34, Pensyarah Kanan di Bahagian Teknologi Bioproses, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia.

ChM Nur Diyan Mohd Ridzuan, 30, calon PhD dalam Sains Gunaan melalui Penyelidikan (Kimia Gunaan) dari Universiti Teknologi Petronas.
Lihat posting penuh di bawah:


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



