Malaysia Cipta Sejarah Mara Ke Pusingan Kalah Mati Piala Dunia Dart Di Frankfurt
Power power, tahniah!
Cover image via @officialpdc (Instagram)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia berjaya mencipta sejarah selepas mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Dart 2025 yang berlangsung di Eissporthalle Frankfurt, Jerman baru-baru ini
Wakil skuad negara iaitu Tengku Hadzali Shah Tengku Mustaffa dari Pulau Pinang dan Tan Jenn Ming dari Kuala Lumpur menumpaskan dua pasukan pilihan dalam saingan Kumpulan F.
Menurut laporan Sinar Harian, mereka mengalahkan Kanada, pasukan pilihan ke-10 kejohanan dengan kemenangan 4-1.
Gandingan unggul Tengku Shah-Jenn Ming kemudian meneruskan aksi meyakinkan apabila berjaya menewaskan Denmark, juga dengan keputusan 4-1, sekali gus menamatkan saingan selaku juara kumpulan dan mara ke pusingan 16 terbaik.
Image via @officialpdc (Instagram)
Image via @officialpdc (Instagram)
Malaysia dijadualkan bakal berentap dengan Republik Czech yang dibarisi pemain berpengalaman, Karel Sedláček dan Petr Krivka pada pusingan kalah mati nanti
Gandingan Sedláček-Krivka turut mendapat pencapaian terbaik sebelum ini apabila mara ke pusingan sama tahun lalu, sebelum kalah kepada Sweden dengan mata 8-6.
Difahamkan, Malaysia dan Filipina kini menjadi dua wakil Asia yang layak secara merit ke peringkat kalah mati. Manakala, empat pasukan pilihan iaitu England, Wales, Scotland dan Ireland Utara telah lebih awal mara secara automatik.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

