“4 Hari Je Dah Dapat!” – Wanita Kongsi Proses Mudah Tuntut Manfaat PERKESO Lepas Terlibat Kemalangan

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi kebanyakan pekerja di Malaysia, caruman PERKESO dianggap sekadar potongan gaji wajib yang kita tidak ambil kisah sehinggalah berlaku sesuatu yang tak diingini

Namun baru-baru ini, seorang wanita buktikan mengapa pentingnya kita faham hak sebagai pencarum. Menurut perkongsian oleh pengguna X yang dikenali sebagai @mikaylamajla, dia berjaya membuat tuntutan PERKESO dan dapat bayaran dalam masa empat hari sahaja.

Menerusi ciapan yang dikongsinya, wanita itu menceritakan bagaimana dia terjatuh ketika menghantar anak ke sekolah sebelum ke tempat kerja.

Akibat insiden itu, hasil X-ray menunjukkan tulang tapak kakinya retak di tujuh bahagian dan turut mengalami kecederaan tendon (avulsed peroneal tendon). Susulan itu, dia perlu menjalani pembedahan segera dan berehat selama dua bulan.

SAYS.com
Image via @mikaylamajla (X)
SAYS.com
Image via @mikaylamajla (X)

Paling penting, dokumen yang diserahkan mesti lengkap

"So 10 Jun tu I pergi submit dokumen semua kat Perkeso Jalan Tun Razak, I baru amik nombor tak sampai 5 minit nombor I dah dipanggil, submit semua dokumen tak sampai 5 minit dah setel boleh balik. Next day 11 Jun I terus dpt call dr Perkeso utk checking and siasatan lanjut la. 13 Jun I dh dpt claim I! What? Alhamdulillah sangat-sangat. Thank you Perkeso sebab permudahkan urusan ibu tunggal ni," katanya.

SAYS.com
Image via @mikaylamajla (X)
SAYS.com
Image via @mikaylamajla (X)

Berikut adalah antara dokumen Yang diperlukan untuk tuntutan PERKESO:

  1. Borang 34
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Sijil cuti sakit (MC) asal
  4. Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
  5. Rekod kehadiran kerja pada bulan kejadian
  6. Penyata bank tempatan
  7. Laporan polis
  8. Lakaran peta dari rumah ke tempat kerja

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: