Terowong Menora Dibuka Semula Untuk Pengguna Selepas Sebuah Bom Mortar Dijumpai
Bom tersebut merupakan sebutir bom lama yang ditemui di tepi lebuh raya berhampiran Terowong Menora di Ipoh.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasukan polis mengambil masa hampir sejam untuk memusnahkan sebutir bom mortar yang ditemui di Kilometer 265, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora, Ipoh, Perak
Menerusi laporan Sinar Harian, ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata maklumat awal penemuan bom lama itu diterima daripada seorang pekerja kontrak yang menjalankan kerja-kerja pembersihan sekitar jam 9.30 pagi.
"Pengadu yang berusia 51 tahun ketika itu sedang membersihkan pokok-pokok dan rumput di kawasan tersebut sebelum menjumpai sebutir bom.
"Sepasukan anggota polis termasuk dari Unit Pemusnah Bom (UPB) dikerahkan ke lokasi untuk membuat pemeriksaan," katanya.
Kerja-kerja pemusnahan bom dilakukan dengan radius letupan menjangkau sejauh 200 meter.

Laluan Terowong Menora ditutup sementara atas faktor keselamatan
Dengan penemuan bom itu, Plus Malaysia Berhad (PLUS) menerusi aplikasi X memaklumkan penutupan sementara laluan Kuala Kangsar-Ipoh di kedua-dua arah diaktifkan pada jam 3.02 petang.
"Trafik arah utara dilencongkan ke Plaza Tol Ipoh Selatan manakala trafik arah selatan dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar atas faktor keselamatan.
"Trafik kemudiannya kembali pulih pada jam 3.44 petang selepas semua lorong menuju ke selatan telah dibuka sepenuhnya kepada pengguna lebuh raya," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via