Bertahun Kena Dera, Wanita Campur Racun Tikus Dalam Minuman Suami

Difahamkan, wanita itu turut tidur bersama mayat suaminya selama 7 hari sebelum keluar berpindah.

Cover ImageCover image via beritajatim.com & KOMPAS.com

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita meracun suami sendiri sehingga mati setelah tidak dapat menahan penderaan fizikal yang dialami sejak beberapa tahun lalu

Menerusi laporan Sinar Harian, mangsa, seorang lelaki berusia 45 tahun dikenali sebagai LK, disahkan maut di tangan isterinya, wanita berusia 47 tahun yang dikenali sebagai FP, dalam sebuah kejadian di Jawa Timur, Indonesia.

Mayat lelaki tersebut telah ditemui dalam keadaan sudah reput di rumah sewa yang didiami pasangan itu di Dusun Karang Tengah, Desa Johowinong, Kecamatan Mojoagung Rabu lalu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Polres Jombang, AKP Margono Suhendra mendedahkan FP telah meminta bantuan seorang individu mengalihkan mayat suaminya dari dapur ke bilik tidur sebaik sahaja si mati diracun.

"Pasangan ini telah berkahwin secara siri (perkahwinan tidak didaftarkan secara rasmi) sejak tahun 2014.

"Namun, hubungan mereka dilaporkan mulai bermasalah sejak 2019," katanya.

SAYS.com

Unit Siasatan Jenayah Polres Jombang menunjukkan barang bukti.

Image via beritajatim.com

Tinggal bersama mayat suami selama tujuh hari sebelum berpindah keluar

Siasatan mendapati, FP telah membeli racun tikus dan potasium sianida dari sebuah kedai pertanian 11 Mei lalu.

Dia telah mencampurkan bahan tersebut ke dalam air minuman suaminya, sebelum memberikan kepada mangsa dua hari selepas membelinya.

Difahamkan, FP telah tinggal bersama mayat suaminya selama tujuh hari sebelum berpindah ke rumah saudara setelah jiran-jiran mula menyedari bau busuk dari kediaman mereka.

Tambah Margono, suspek turut tealh menjual kesemua perabot rumah berkenaan sebelum berpindah.

Kes pembunuhan itu terbongkar selepas FP tampil membuat pengakuan kepada pihak polis mendedahkan motif sebenar pembunuhan itu dilakukan.

FP kini dinamakan sebagai suspek dan berdepan hukuman mati, penjara seumur hidup atau penjara maksimum 20 tahun jika didapati bersalah mengikut undang-undang jenayah Indonesia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: