[VIDEO] Taktik Terbaru Scammer Dapat Free Top Up Touch 'n Go – "Para Cashier Hati-Hati!"
Selama ni ingatkan memang kena bagi cash dulu sebelum dapat resit.
Cover image via @tvkomunitijohor (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Terbongkar sebuah lagi taktik scammer yang memperdaya juruwang bagi mendapatkan tambah nilai Touch 'n Go (TNG) secara percuma
Menerusi sebuah video perkongsian @tvkomunitijohor di TikTok, sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapat perhatian ramai apabila ia memaparkan taktik seorang lelaki menipu juruwang di sebuah stesen minyak mendapatkan tambah nilai TNG secara percuma.
"Sapa kenal orang ini minta hadir ke Petronas Senai Airport Johor. Orang ini datang ke Petronas Senai Airport dan minta top up TNG RM200 lepas itu nak ambil barang lain tapi tak ambil.
"Sebelum dia masuk dalam Petronas dia on awal-awal kamera dalam poket dan ambil TNG RM200 rakam nombor TNG dan kata nak ambil duit tapi last-last lari. Bila kami check online top up dah claim. Kaki scam baru area Johor," tulis akaun itu.
Tidak terhenti di situ, premis di kawasan lain turut menjadi mangsa
Kegiatan penipuan itu tidak terhenti di situ, cawangan stesen minyak yang lain turut menjadi mangsa individu yang sama.
Menerusi rakaman CCTV kejadian yang berlaku di Petronas Simpang Kanan Batu Pahat dan Petronas Pasir Gudang, individu terbabit dilihat menggunakan modus operandi yang sama.
Lelaki berkenaan dilihat meletakkan telefon bimbit yang sedang merakam di dalam poket seterusnya memaparkan resit yang mengandungi nombor pin tambah nilai sebelum berlalu pergi tanpa melakukan bayaran.
Lihat video-video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


