Ferrari Kalah Saman Terhadap Syarikat 'Energy Drink' Dari Malaysia Pakai Logo Sama

First time nampak energy drink brand ni.

Cover ImageCover image via Wee Power & boon

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat kereta gergasi Itali, Ferrari SpA, yang terkenal dengan lambang ikoniknya telah kalah saman terhadap sebuah syarikat minuman tenaga dari Malaysia

Didakwa menggunakan logo yang seakan-akan sama dengan Ferrari iaitu logo kuda, Syarikat kenderaan itu bertindak memfailkan saman atas usul penggunaan trademark mereka.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menolak tindakan undang-undang Ferrari terhadap Sunrise-Mark Sdn Bhd, syarikat minuman terbabit, memutuskan bahawa logo minuman 'Wee Power' itu tidak sama dan tidak mengelirukan dengan logo Ferrari yang dikenali di peringkat global.

Keputusan ini membenarkan logo 'Wee Power' diteruskan untuk pendaftaran treademark.

SAYS.com
Image via Shopee

Mahkamah Tinggi menyatakan perbezaan yang ada antara pihak plaintif dengan defendan

Dalam keputusannya yang dikeluarkan pada 30 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa satu-satunya persamaan antara kedua-dua trademark itu ialah gambaran kuda, yang dikatakan tidak mencukupi untuk menyebabkan kekeliruan pengguna.

"Logo plaintif (Ferrari) merupakan sebuah lambang dengan seekor kuda manakala logo (Sunrise-Mark) defendan mengandungi dua ekor kuda yang menghadap antara satu sama lain.

"Logo defendan tidak hanya tertumpu kepada kuda kerana ia mengandungi huruf besar 'W' di antara kepala kedua-dua kuda dan perkataan 'Wee Power' di bawah kuda.

"Saya menerima penjelasan defendan bahawa perkataan 'Wee' berasal daripada nama pengasas defendan, Wee Juan Chien, dan tidak merujuk kepada takrifan biasa perkataan 'wee' dalam bahasa Inggeris.

"Saya mendapati tidak mungkin defendan berhasrat untuk minuman tenaganya dijenamakan dengan perkataan yang bermaksud 'kuasa yang sangat kecil' atau 'kuasa yang sangat awal'," kata Hakim Adlin Abdul Majid.

SAYS.com
Image via PhilkotseImage via

Tidak menemui kemungkinan musabah untuk seseorang keliru dengan dua jenama berkenaan

Hakim juga menegaskan bahawa mahkamah tidak menemui kemungkinan munasabah bahawa seseorang yang membeli-belah mencari minuman tenaga akan terkeliru dengan logo terbabit.

"Plaintif dan defendan terlibat dalam industri yang berbeza, dengan plaintif dalam industri automotif mewah manakala defendan menjual minuman.

"Kedua-dua jenis produk tidak bersaing antara satu sama lain, pelanggan plaintif dan pelanggan defendan tidak mungkin bertindih.

"Saya mendapati tidak mungkin pengguna biasa akan melihat logo defendan dan membentuk tanggapan bahawa ia adalah serupa dengan logo plaintif," tambahnya.

Hasil persidangan turut membawa kepada Ferrari diperintah Mahkamah untuk membayar kos. Peguam PC Kok dan Ng Pau Chze mewakili Ferrari SpA, manakala YY Ho dan Amirah Najihah Ameruddin mewakili Wee Power.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: