Kenapa Tak Boleh Pakai Baju T-Shirt Biasa Dalam Kolam Renang? Ini Sebabnya

Ramai ingat sebab 'etika' tapi sebenarnya ada sebab teknikal, kesihatan dan keselamatan.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernah tak masa kecil-kecil dulu anda nak mandi kolam renang dekat hotel tiba-tiba kena halau dengan lifeguard?

Siapa je tak sedih, kita nak happy-happy nak mandi kolam tiba-tiba kena halau.

Jika anda pernah alami situasi ini, berkemungkinan pakaian anda pada masa itu tidak sesuai dalam kata lain anda tidak menggunakan pakaian renang!

Tapi kenapa? takkan nak mandi kolam renang kat hotel pun kena pakai baju macam perenang profesional? Haa dalam artikel ini kami akan menerangkan kepada anda kenapa pemakaian baju renang penting kalau nak mandi swimming pool.

Swimming suit direka khas untuk keselamatan & kebersihan kolam

Pakaian renang seperti swimsuit, trunks atau rashguard diperbuat daripada fabrik sintetik seperti lycra atau spandex yang cepat kering, ringan dan tahan bahan kimia seperti klorin. Ia direka untuk meminimumkan rintangan dalam air dan memudahkan pergerakan badan semasa berenang.

Sebaliknya, baju yang menggunakan material kapas, jeans, atau pakaian kasual akan menyerap air dan menjadi berat bila basah. Ini menyebabkan pemakai lebih cepat letih dan berisiko tenggelam. Fabrik jenis ini juga mudah terurai benangnya dan boleh menyumbat sistem penapisan kolam.

Di sesetengah tempat, operator kolam renang perlu belanja besar hanya untuk servis pam yang rosak kesan akibat pemakaian baju yang tidak sesuai oleh pengguna.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Product Nation

Pakaian harian bawa kotoran & bakteria luar masuk ke dalam air

Walaupun nampak bersih, baju yang dipakai harian boleh mengandungi peluh, minyak badan, sisa sabun atau losyen, dan bakteria seperti E. coli. Semua ini boleh mencemarkan air kolam.

Jika terlalu ramai orang mandi dengan baju biasa, tahap klorin tak cukup untuk 'menyahkuman'. Hasilnya, air kolam boleh jadi keruh, berbau, dan mudah merebakkan penyakit kulit atau jangkitan mata seperti konjunktivitis.

Itulah sebabnya pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sangat menggalakkan pematuhan kod pakaian di kolam renang awam.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Reddit

Baju longgar boleh memberi risiko keselamatan dalam air

Selain menjejaskan keselesaan, baju yang longgar seperti T-shirt bersaiz besar, jubah atau seluar trek boleh terapung, melilit atau tersangkut pada peralatan kolam.

Terdapat kes di luar negara di mana kanak-kanak hampir lemas disebabkan kain tersangkut pada saluran masuk air. Perkara ini bukanlah mitos, sebab itulah ramai lifeguard akan cepat bertindak kalau nampak pemakai baju longgar dalam kolam.

Sejarah ringkas pakaian renang moden

Pakaian renang telah berevolusi sejak awal 1900-an. Pada masa lalu, lelaki dan wanita berenang dengan pakaian yang labuh dan berat, tetapi insiden lemas terlalu kerap berlaku.

Selepas banyak insiden lemas direkodkan, barulah pakaian renang moden diperkenalkan. Hari ini, dengan teknologi tekstil, kita kini memiliki pelbagai pemilihan jenis swimwear termasuk untuk sukan, rekreasi dan keperluan khas seperti UV protection atau reka bentuk yang patuh syariah.

SAYS.com
Image via Blogspot

Macam mana dengan peraturan kolam renang awam di Malaysia?

Kebanyakan kolam di bawah seliaan PBT seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) atau Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menetapkan hanya mereka yang memakai pakaian renang sahaja dibenarkan masuk. Notis biasanya dipamer di pintu masuk atau laman web.

Terdapat juga prosedur operasi standard (SOP) tertentu semasa musim jangkitan seperti COVID-19, yang menetapkan baju renang perlu dibersihkan terlebih dahulu, tidak boleh dikongsi dan wajib ditukar sebelum dan selepas mandi.

Walaupun sesetengah kolam private mempunyai peraturan yang lebih longgar, kita tetap patut ikut garis panduan yang betul demi kesihatan dan keselamatan semua pengguna.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Discover Orient HolidaysImage via

Jaga keselesaan orang lain, hormat peraturan, dan utamakan keselamatan

Mandi kolam bukan sekadar aktiviti santai, ia juga melibatkan tanggungjawab sosial.

Bila kita pakai baju renang yang sesuai, kita bantu jaga kebersihan kolam, lindungi diri sendiri dan dapat elak daripada menyusahkan orang lain.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: