Tarif Import 25 Peratus Terhadap Malaysia Dikenakan Bermula 1 Ogos Ini – Trump
Antara negara yang juga menghadapi tarif 25 peratus ialah Jepun, Korea Selatan, Tunisia, Kazakhstan.
Cover image via AFPFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan tarif import sebanyak 25 peratus akan dikenakan terhadap Malaysia bermula 1 Ogos ini
Menerusi laporan Berita Harian, Trump memaklumkan langkah itu diambil bagi 'melindungi industri tempatan Amerika Syarikat' daripada apa yang dia sifatkan sebagai amalan perdagangan tidak adil oleh beberapa negara.
"Kita tidak boleh lagi membiarkan negara lain mengambil kesempatan terhadap kita. Mulai 1 Ogos, semua import dari Malaysia akan dikenakan tarif sebanyak 25 peratus," katanya dalam satu surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump sebelum ini mengumumkan 'tarif hari pembebasan' 2 april lalu yang menyaksikan kadar asal 24 peratus ke atas import dari Jepun dan 25 peratus terhadap Korea Selatan. Malaysia antara negara yang turut terkesan.
Bagaimanapun tarif timbal balas itu ditangguh pentadbiran Trump selama 90 hari bagi mengadakan rundingan bersama semua negara dagang.
Tempoh penangguhan itu dijadualkan tamat Rabu ini, namun Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt memaklumkan Trump akan menandatangani perintah eksekutif bagi melanjutkan tempoh berkenaan hingga 1 Ogos.
"Kami telah menghantar surat pemberitahuan kepada negara-negara yang terbabit dan lebih banyak surat akan dihantar dalam beberapa hari lagi," kata Leavitt.

Trump ketika menunjukkan perintah eksekutif ditandatanganinya berhubung tarif yang dikenakan pada April.
Image via ReutersImage viaTiada tarif dikenakan jika ada syarikat Malaysia membangunkan produk di AS
Trump menerusi surat itu berkata angka 25 peratus itu jauh lebih rendah daripada perkara yang diperlukan untuk menghapuskan ketidakseimbangan defisit perdagangan yang AS alami dengan Malaysia.
Bagaimanapun, surat itu juga menyatakan tiada tarif akan dikenakan sekiranya Malaysia, atau syarikat Malaysia, memutuskan untuk membangunkan atau menghasilkan produk di AS.
"Malah, Washington akan melaksanakan segala yang mungkin untuk mendapatkan kelulusan dengan cepat, profesional, dan secara rutin, dalam erti kata lain, dalam beberapa minggu sahaja," menurut surat itu.
Trump berkata sekiranya Malaysia memutuskan untuk menaikkan tarif, AS juga akan mengenakan tarif tambahan mengikut angka yang dikenakan Malaysia, sebagai tambahan kepada 25 peratus itu.
Malaysia telah berunding dengan Washington mengenai tarif sejak April, dengan matlamat untuk mengurangkan tarif 24 peratus yang dikenakan sebelum ini, dengan rundingan terkini telah diadakan pada 18 Jun lalu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



