Tandas Masjid Di Pulau Pinang Buat Ramai Terpegun, Tempat Wuduk Pun Cantik!
Dah macam dalam hotel!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang pengguna di laman X berkongsi beberapa keping gambar di sebuah masjid telah mencuri tumpuan ramai
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @adek_farid, difahamkan ia merupakan Masjid Jamek Bagan Jermal yang terletak di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.
Kalau lihat reka bentuk di tempat wuduk dan tandasnya, mesti anda tidak sangka ia dalam masjid bukan? Sekali tengok, macam dalam hotel pun ada.

Rupa-rupanya, AJK masjid manfaatkan duit sumbangan orang ramai untuk cantikkan tandas dan tempat wuduk di masjid itu
Susulan itu, netizen berharap agar para jemaah dapat menjaga kecantikan masjid itu.
"Kalau dah helok cantik macam ini, harap jemaah jaga dan guna dengan baik la. Selalu jumpa masjid toilet tercabut pintu la kepala paip jahanam la. Macam mana diorang pakai tak tahu. Ganas sungguh," katanya.
Lihat ciapan penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



