UAI Dedah Waktu Sebenar Bila Subuh Tamat, Ramai Rupanya Masih Keliru
Yang penting jangan lengah-lengahkan solat ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai menyangka waktu Subuh masih panjang selagi langit belum cerah sepenuhnya
Ada yang santai menyambung baring, ada pula yang sengaja kejar masa akhir sebelum bersolat kerana percaya matahari belum benar-benar naik.
Hakikatnya, ramai sebenarnya sedang bermain di sempadan waktu tanpa sedar.
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil menjelaskan satu perkara penting yang sering disalah fahami umat Islam, bilakah sebenarnya waktu Subuh berakhir menurut syarak.

Nampak kepala matahari sikit pun, Subuh dah habis
Dalam satu perkongsian ilmu yang dimuat naik di YouTube, UAI menjelaskan bahawa waktu Subuh tamat sebaik sahaja matahari mula terbit di ufuk timur walaupun hanya sedikit bahagian atasnya kelihatan.
Menurut beliau, ramai tersilap kerana menyangka waktu Subuh masih ada selagi suasana belum terang-benderang. Sedangkan dalam hukum syarak, saat kepala matahari mula muncul di kaki langit, waktu Subuh terus berakhir secara automatik.
Beliau memberikan analogi mudah:
"Jika waktu Maghrib bermula apabila seluruh matahari tenggelam sepenuhnya, maka waktu Subuh pula tamat apabila matahari mula muncul walaupun sedikit. Maknanya, bukan tunggu matahari bulat penuh baru habis waktu, cukup sekadar muncul hujung atasnya sahaja," jelasnya.
Nabi Muhammad SAW dah beri garis jelas tentang waktu Subuh
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Baginda ﷺ bersabda:
وَوَقْتُ صَلَاةِ الصُّبْحِ مِنْ طُلُوعِ الْفَجْرِ مَا لَمْ تَطْلُعِ الشَّمْسُ
Maksudnya: "Dan waktu subuh itu bermula daripada terbit fajar (Sadiq) selagi mana matahari belum terbit." (Riwayat Muslim)
Hadis ini menjadi dalil jelas bahawa syuruq atau terbit matahari ialah titik akhir waktu Subuh.
Ini bermakna, jika seseorang masih belum memulakan solat ketika matahari sudah muncul, dia sebenarnya sudah keluar daripada waktu Subuh.
Ramai ambil mudah solat di hujung waktu

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianApa yang lebih membimbangkan, ada yang sengaja menunggu hingga beberapa minit terakhir sebelum syuruq untuk mendirikan solat. Sedangkan Islam sangat menitikberatkan solat di awal waktu.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنَ الصُّبْحِ قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ الصُّبْحَ
Maksudnya: "Sesiapa yang sempat mendapat satu rakaat daripada waktu subuh sebelum matahari terbit, maka dia telah mendapat (waktu) subuh tersebut." (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Namun para ulama menegaskan, sengaja melengah-lengahkan solat tanpa keuzuran adalah perbuatan berdosa.
Jangan keliru antara Fajar sadiq dan syuruq
Masih ramai juga yang gagal membezakan antara fajar sadiq dan syuruq.
Fajar sadiq ialah cahaya putih yang melintang di ufuk timur, tanda masuknya waktu Subuh dan bermulanya kewajipan solat.
Syuruq pula ialah saat matahari mula terbit. Di antara dua waktu inilah tempoh sebenar untuk menunaikan solat Subuh.
Sebab itu umat Islam digalakkan bangun lebih awal dan tidak menunggu hingga penghujung waktu kerana keberkatan pagi sangat besar di sisi Allah SWT.
Lihat video penjelasan UAI di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 