Ringgit Makin Kukuh, Pemuda Indonesia Akui Risau Lihat Malaysia Berkembang Maju
Menurutnya, beberapa tahun lalu RM1 hanya sekitar 3,200 rupiah, namun kini mencecah kira-kira 4,400 rupiah.
Cover image via @junforsure (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, Malaysia terus menjadi antara negara pilihan ramai warga asing untuk bekerja, belajar dan menetap susulan kestabilan ekonomi serta nilai ringgit yang semakin kukuh
Nilai mata wang yang stabil bukan sahaja memberi keyakinan kepada pelabur, malah meningkatkan kuasa beli rakyat dan menjadikan kos sara hidup lebih terkawal berbanding beberapa negara serantau.
Perkara tersebut turut diakui seorang pemuda Indonesia yang kini menetap di Malaysia selepas melihat sendiri perkembangan pesat negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan.
Menerusi satu hantaran tular laman TikTok, dia meluahkan kebimbangan apabila nilai ringgit kini semakin tinggi berbanding rupiah Indonesia.

"Beberapa tahun tinggal di Malaysia, aku sedar satu perkara. Negara ini benar-benar cepat berkembang. Kuala Lumpur makin moden, pengangkutan awam makin selesa, dan gaya hidup masyarakatnya juga semakin dinamik," katanya.
Menurutnya, beberapa tahun lalu RM1 hanya sekitar 3,200 rupiah, namun kini mencecah kira-kira 4,400 rupiah
Dia turut berpandangan kelemahan rupiah mula menimbulkan persoalan mengenai keadaan ekonomi di Indonesia.
"Pada pandangan saya, mungkin semuanya masih kelihatan normal, tetapi angka ekonomi tidak pernah bohong," katanya.
Dalam masa sama, dia mengakui pengukuhan ringgit memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia kerana kuasa beli masyarakat turut meningkat.
Situasi itu juga dilihat mampu membantu mengurangkan tekanan kos terhadap pengguna dan memberi ruang kepada perbelanjaan yang lebih stabil.


"Dan di sisi lain, ini khabar baik untuk rakyat Malaysia, sebab dengan Ringgit yang tengah kuat sekarang, untuk korang yang ada plan nak bercuti dekat Indonesia, ini memang timing yang paling best.
"Untuk masa sekarang, makan, jalan, shopping sampai healing dekat Indonesia pun jauh lebih murah daripada biasa," katanya lagi.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



