Orang Ramai Mula Naiki Pengangkutan Awam Sebagai Alternatif Untuk Langkah Penjimatan

Difahamkan, purata penumpang rel pada April 2026 meningkat kepada 1,085,580 penumpang sehari, iaitu peningkatan 7.6 peratus berbanding Mac.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Suara Keadilan & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan, rakyat Malaysia kini semakin bijak menyusun perbelanjaan harian dengan memilih pengangkutan awam sebagai alternatif lebih murah dan praktikal

Menurut laporan Kosmo!, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, peningkatan ketara pengguna rel dan bas pada April lalu membuktikan perubahan gaya hidup rakyat yang kini lebih berhati-hati dalam mengurus kewangan.

Difahamkan, purata penumpang rel pada April 2026 meningkat kepada 1,085,580 penumpang sehari, iaitu peningkatan 7.6 peratus berbanding Mac.

"Penumpang bas pula meningkat kepada 227,448 penumpang sehari, iaitu 10.3 peratus berbanding bulan sebelumnya," katanya.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Beliau berkata, perubahan itu menunjukkan rakyat mula menyesuaikan corak mobiliti dan perbelanjaan harian kepada pilihan lebih kos efektif

"Dalam keadaan kos global tidak menentu, perubahan kecil seperti ini penting untuk mengurangkan beban kos yang ditanggung oleh isi rumah," katanya.

Trend tersebut turut menggambarkan realiti sebenar rakyat yang kini lebih cenderung meninggalkan penggunaan kenderaan persendirian demi menjimatkan kos petrol, tol dan parkir yang semakin membebankan.

SAYS.com
Image via Suara Keadilan

Dalam perkembangan sama, Akmal berkata, penggunaan tenaga elektrik negara juga menunjukkan peningkatan kecil yang masih terkawal.

Katanya, purata permintaan maksimum elektrik bagi tempoh 4 hingga 10 Mei meningkat 1.4 peratus kepada 20,097 megawatt berbanding 19,815 megawatt minggu sebelumnya.

"Peningkatan kecil ini menunjukkan corak penggunaan elektrik masih terkawal walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu," ujarnya.

Perubahan corak penggunaan pengangkutan dan tenaga itu dilihat sebagai petanda rakyat kini semakin berhati-hati dalam setiap aspek perbelanjaan susulan tekanan ekonomi global yang masih belum reda.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: